Tayar celup punca lebih 10,000 kemalangan jalanraya setiap tahun - Baru Bian

oleh HEZERI SAMSURI|
AION MREC Banner Campaign May 2024

Menteri Kerjaraya, Baru Bian berkata pihak kementerian risau tentang lebih dari 10,000 kes kemalangan jalanraya yang berlaku di lebuhraya Malaysia setiap tahun kerana tayar celup.

Beliau berkata jumlah itu berdasarkan laporan statistik yang diterima beliau.

"Ia menunjukan lebih kurang 30 kemalangan terjadi setiap hari kerana tayar celup," ujarnya.

"Ada dua faktor yang saya risaukan - lori lebih muatan dan penggunaan tayar celup."

"Jumlah kemalangan setinggi ini kerana tayar celup sangat membimbangkan," terang beliau lagi.

Beliau kemudiannya menegaskan bahawa ada isu-isu keselamatan berkaitan tayar celup dan ia saebenarnya berpunca dari pengawasan. 

Baru Bian brkata begitu ketika sidang media semasa lawatannya ke pejabat cawangan Lembaga Lebuhraya Malaysia di Pulau Pinang tadi.

"Sepatutnya tidak ada lori-lori lebih muatan di jalanraya dan saya harap penguasaan dan pemantauan akan lebih serius," kata menteri itu.

Bagi Careta, teknologi tayar celup memang sudah ada dan tayar celup memang normal di dalam industri trak. Sebenarnya, tayar untuk lori boleh ditoreh semula (regroove) atau ditampal dengan bunga baharu (celup atau retread).

Namun begitu, tayar celup mempunyai had prestasi yang perlu diikuti. Contohnya, ia tidak boleh dipandu tanpa henti selama berjam-jam. Ini akan membuatkan lapisan celup itu tertanggal.

Berat lebih dari muatan juga menjadi satu lagi punca utama ia mudah tertanggal.

Pemantauan kepada trak dan lori hanya lebih memberi fokus kepada pemeriksaan berkala. Sebenarnya, industri trak dan logistik memerlukan satu set undang-undang yang lengkap kerana jika tidak, ia akan menjadi beban kepada yang lain.

* Berita asal dari The Star

Berita Berkenaan

Berita Global
Tayar EV juga menghasilkan 30 peratus lebih PM 2.5, zarahan yang lebih halus dan akan menyebabkan…
Berita Domestik
Pengerusi Persatuan Penduduk Alam Budiman, Badrul Hisham Shahbudin, 55, berkata, jumlah kerugian…
Berita Global
Tayar BluEarth-XT AE61 merupakan tayar musim panas yang dibangunkan khusus untuk digunakan pada SUV…