TC GAP PROTECTOR - Pelan perlindungan insurans baharu dari Nissan!

oleh Afandi Che Muhamad|
Berita baik untuk pemilik kenderaan Nissan di luar sana, Tan Chong Insurance Business Stream (TCIBS) kini tampil dengan langkah pengenalan pelan perlindungan insurans baharu mereka semalam.

Dinamakan sebagai TC GAP Protector, pelancaran insurans Return To Invoice-Guaranteed Asset Protection (RTI-GAP) ini turut mendapat kerjasama rasmi daripada RHB Insurance.

TC GAP Protector menyediakan perlindungan kehilangan punca pendapatan atau kewangan lumpuh dengan faedah maksimum sehingga RM140,000 seandainya kenderaan pelanggan lupus sepenuhnya susulan kejadian kemalangan, terbakar dan dicuri.

Dengan adanya pelan perlindungan TC GAP Protector, anda tidak perlu mengharapkan pembayaran daripada insurans motor sahaja selepas ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menawarkan premium lebih mampu milik, anda boleh memilih tiga opsyen ditawarkan dalam TC GAP Protector ini yang mana ia meliputi pelan A, B dan C dengan perlindungan maksimum sehingga lima tahun.

Perlindungan insurans meliputi seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei ini boleh diperoleh menerusi pembayaran premium sekali gus tertakluk kepada harga belian dan jumlah tahun insurans berkuat kuasa.

Tempoh insurans berkuat kuasa secara serta-merta bermula daripada tarikh pembelian polisi dan sah untuk kenderaan baharu mahupun kenderaan sedia ada (pendaftaran peribadi, tidak lebih 12 bulan selepas pendaftaran pertama).

Jumlah premium (termasuk 6% GST) yang perlu dibayar untuk model-model terpilih Nissan adalah seperti berikut:

1. Almera (Jumlah diinsuranskan bermula RM69,000)
    Plan A (3 Tahun) - RM241.14
    Plan B (4 Tahun) - RM399.34
    Plan C (5 Tahun) - RM572.61

2. Grand Livina    (Jumlah diinsuranskan bermula RM88,000)
    Plan A (3 Tahun) - RM307.54
    Plan B (4 Tahun) - RM509.31
    Plan C (5 Tahun) - RM730.29

3. Serena S-Hybrid (Jumlah diinsuranskan bermula RM133,000)
    Plan A (3 Tahun) - RM464.81
    Plan B (4 Tahun) - RM769.75
    Plan C (5 Tahun) - RM1,103.73

4. Teana (Jumlah diinsuranskan bermula RM137,000)
    Plan A (3 Tahun) - RM478.79
    Plan B (4 Tahun) - RM792.90
    Plan C (5 Tahun) - RM1,136.93

5. X-Trail (Jumlah diinsuranskan bermula RM137,000)
    Plan A (3 Tahun) - RM478.79
    Plan B (4 Tahun) - RM792.90
    Plan C (5 Tahun) - RM1,136.93

6. Navara (Jumlah diinsuranskan bermula RM90,000)
    Plan A (3 Tahun) - RM314.53
    Plan B (4 Tahun) - RM520.88
    Plan C (5 Tahun) - RM746.89
  
Maklumat lanjut mengenai TC GAP Protector boleh didapati dengan berkunjung terus ke mana-mana bilik pameran ETCM, bengkel TCEAS berhampiran anda, hubungi talian tol percuma TC Contact Centre Service Sdn. Bhd di nombor 1800-88-8185 atau www.tcibs.com.my.

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…