Kerana ia boleh membuatkan anda hilang keseimbangan
Dalam Bahagian 1, kita pelajari bahawa bila kita berdiri, berat badan penunggang tidak "terikat" dengan motosikal, dan ini memudahkan kita mencari keseimbangan dengan lebih cepat.
Namun begitu, sekiranya motosikal anda terlanggar bonggol besar yang anda tidak nampak, atau secara tiba-tiba roda hadapan masuk ke lubang yang besar dan dalam, motosikal akan terus terhenti.
Oleh kerana anda sedang berdiri, anda akan terhumban ke hadapan.
Sekiranya anda duduk, risiko untuk terhumban adalah lebih kecil, cuma isteri anda tidak berapa suka kerana bahagian di antara dua peha anda akan terpenyek teruk.
Kawalan handlebar
Palang bar atau handlebar adalah antara satu fungsi utama untuk mengemudikan motosikal anda dan tekanan yang anda letak pada salah satu hujung handlebar itu membantu kawalan arah motosikal.
Anda sebenarnya mendapat kawalan handlebar yang lebih baik bila anda duduk kerana lebih mudah untuk anda tekan hujung handlebar itu.
Bila berdiri, kita lebih menggunakan teknik menekan pada tempat kaki atau footpeg tetapi ia lebih lambat bertindak berbanding dengan menggunakan handlebar.
Kawalan kaki dan tangan
Kawalan kaki dan tangan juga lebih mudah bila anda duduk.
Contoh terbaik, menukar gear lebih mudah dilakukan semasa duduk dari berdiri.
Penggunaan brek belakang sangat penting ketika menunggang offroad dan bila anda duduk, pedal brek kaki itu jauh lebih mudah untuk anda kawal tekanan kuat atau perlahannya.
Bantuan kaki
Di kawasan berpasir dalam contohnya, kadang-kala anda akan mahu menggunakan sebelah kaki untuk menahan dari terjatuh.
Bila anda berdiri, adalah mustahil untuk anda lakukan teknik tersebut.
"Waddling" atau mengayuh dengan dua kaki ke bawah adalah antara salah satu teknik offroad dengan jentera dua roda dan ia tidak boleh dilakukan ketika anda berdiri.
Diharapkan anda faham kedua-dua teknik penunggangan ini. Menunggang secara berdiri di jalanraya awam sebenarnya merbahaya, apalagi bila dibuat dalam kelajuan tinggi.
Penunggang yang kurang matang akan berdiri hanya untuk menunjukan beliau "mahir".
Penunggang yang benar-benar mahhir pula tahu bila dia perlu duduk, bila dia perlu berdiri dan bila dia perlu berhenti.
Tunggang dengan selamat dan sentiasa berlatih agar anda lebih cekap!
Untuk mengetahui bila anda patut menunggang secara berdiri, sila baca artikel ini pula.
Teknik menunggang motosikal ADV - Duduk atau berdiri? (Bahagian 1)
* Artikel berdasarkan beberapa laman web antarabangsa dan pengalaman penulis