Teknologi kawal karbon - Elon Musk tawar RM404 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Lelaki yang terkaya di dunia merangkap CEO Tesla Elon Musk pada khamis lalu menjanjikan ganjaran bernilai $100 juta bagi pembangunan teknologi terbaik untuk mengawal emisi karbon dioksida.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Beliau mengumumkan perkara tersebut menerusi laman web mikroblog Twitter di mana perincian lanjut hanya akan diumumkan dalam minggu ini.

Berdasarkan carian ringkas, teknologi pengawalan karbon (carbon capture technology) ini merupakan proses menyeluruh yang digunakan untuk 'menangkap' pelepasan sisa buangan karbon dioksida, sebelum dihantar ke fasiliti storan untuk proses seterusnya supaya sisa tersebut tidak kembali ke atmosfera.

Tahun lalu, International Energy Agency membuat kenyataan pembangunan teknologi pengawalan karbon ini amat diperlukan bagi negara-negara yang ingin mencapai sasaran pelepasan sifar emisi.

Sehingga kini, tidak banyak perkembangan diberitakan berhubung pembangunan teknologi ini, dan sudah pasti ia memerlukan dana yang besar bagi menjadikan ia satu realiti.

Jadi, siapa yang rasa-rasa mempunyai kepakaran, mungkin boleh cuba hubungi Elon Musk sendiri. Mana tahu, $100 juta itu mungkin akan menjadi milik anda.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, pembuat kereta elektrik itu telah memanggil semula beberapa kakitangan yang diberhentikan…
Berita Global
Menurut laporan Electrek, pekerja di pembuat kereta itu menerima e-mel pada hujung minggu sebagai…
Berita Global
Nampaknya Musk terpaksa membuat pusingan U untuk Tesla di China kerana syarikat beliau telah…