Terbabas - Peserta program RXZ members 4.0 maut

oleh SALINA JALIL|
Seorang peserta program RXZ members 4.0 maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 397.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Ajil, Kuala Berang, awal pagi ini (Jumaat).


Allahyarham Mohd Nazli Dasuki, 40, dari Kampung Batu 5, Sungai Tulang, Selangor, dikatakan bersama 19 rakannya berkonvoi untuk menyertai program RXZ members 4.0 yang diadakan di perkarangan Stadium Gong Badak, di sini, esok.


Mangsa bersama rakannya dikatakan menunggang motosikal secara berkonvoi dan berlepas dari Tanjung Karang, Selangor, kira-kira jam 6 petang semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kejadian dikatakan berlaku apabila mangsa gagal mengawal motosikal lalu terjatuh di jalan raya kira-kira jam 3.30 pagi tadi.

Difahamkan, mangsa bersama 19 rakannya menaiki motosikal secara berkonvoi untuk menyertai program RXZ members 4.0 yang dijangka dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob.

 

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, mangsa cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

 

Katanya, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk bedah siasat.

 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris, berkata kemalangan hanya…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati…
Berita Domestik
Pihak Polis Daerah Sungai Buloh telah mengesahkan kejadian tersebut telah berlaku pada jam 12.40…