Dan terbaharu, menurut laporan daripada The Straits Times, Tesla Singapura bakal mempunyai ibu pejabat dan pusat servis yang terletak di Toa Payoh, di fasiliti yang sebelum ini merupakan pusat pengedar Nissan yang dikendalikan oleh Tan Chong Motor.
Laporan The Straits Times turut menyebut fasiliti baharu Tesla itu bakal mula beroperasi pada bulan hadapan.
Satu-satunya model yang bakal dijual merupakan Tesla Model 3, dengan harga jualan adalah seperti berikut:
- Tesla Model 3 Standard Range Plus (RWD) - S$112,845 (RM348,910)
- Tesla Model 3 Performance (AWD) - S$154,815 (RM478,650)
Harus diingat, harga yang disebutkan itu tidak termasuk COE serta opsyen yang bakal ditawarkan seperti keupayaan pemanduan autonomi.
Selain daripada pusat pameran, Tesla juga sedang merancang untuk membuka outlet kecil di dalam pusat membeli belah seperti Raffles City dan Jewel Changi Airport.
Tesla Singapura bakal diterajui oleh warga Perancis, Christopher Bousigues yang berusia 45 tahun, seorang peminat kereta, peminat sesi litar, pernah bekerja di firma perisian SAP dan Microsoft, berpengalaman bekerja dan tinggal di 19 buah negara serta fasih lima bahasa.
Sumber: The Straits Times