TESLA, BYD PEGANG 35% PASARAN EV GLOBAL

oleh Firdaus Razani|
Pada tahun 2023, dilihat sebanyak 13.6 juta unit kereta elektrik telah dijual di seluruh dunia, dan ia merupakan kira-kira 16 peratus daripada jumlah jualan kereta untuk di peringkat global.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut data EV-Volumes yang dikongsi oleh penyelidik Joes Pontes, terdapat lima jenama automotif yang menguasai lebih separuh daripada keseluruhan jumlah jualan untuk kereta plug-in.

Dalam data keseluruhan jumlah tersebut, ia terbahagi kepada dua kategori iaitu gabungan kereta elektrik bateri (BEV) dan kereta hibrid plug-in (PHEV) serta BEV sahaja.

Bagi kategori gabungan BEV dan PHEV, antara lima jenama yang menduduki tangga teratas untuk tahun 2023 adalah BYD, Tesla, Kumpulan Volkswagen, Geely-Volvo dan SAIC.

 

byd

 

BYD berjaya mendaftar lebih 3 juta unit pada tahun lalu dan peratusannya adalah sebanyak 22 peratus untuk kategori tersebut.

Manakala Tesla terus mengekori BYD di tempat kedua walaupun hanya menawarkan kereta elektrik penuh, ia berjaya menjual sebanyak 1.8 juta unit tahun lalu dan peratusannya adalah 13.2 peratus.

BYD dan Tesla bersama-sama menguasao 35.2 peratus daripada jumlah pasaran plug-in dan peratusannya meningkat daripada 31.4 peratus bagi tahun yang sebelumnya.

Bagi kategori BEV, Tesla berjaya menduduki kedudukan paling teratas dengan mencatatkan lebih 1.8 juta unit terjual dan peratusannya dalam segmen ini adalah sebanyak 19.1 peratus.

 

tesla

 

Secara purata, Tesla berkembang lebih pantas dalam segmen ini kerana ia salah satu jenama yang hanya menumpu pada pengeluaran kereta berkuasa elektrik penuh.

Untuk tempat kedua pula, jatuh kepada BYD dengan mencatatkan sebanyak 1.5 juta unit dijual dalam segmen BEV ini dengan peratusan yang meningkat ketara iaitu 16.5 peratus.

Bagi kategori BEV juga didominasi oleh kedua-dua jenama ini dalam carta jualan tahun lalu, dengan gabungan dua jenama ini ia memperoleh 35.6 peratus dari jumlah keseluruhan jualan.

Untuk membaca lanjut dan terperinci mengenai keseluruhan data ini, boleh layari pautan yang dikongsikan ini ; InsideEvs.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…