Tesla daftar paten penggunaan laser sebagai pembersih cermin

oleh Mohamad Hanif|
Tangki washer merupakan benda wajib yang perlu ada, namun ia kerap dan sering kali dilupakan kegunaannya dan juga sering kali dikesali terutama ketika musim hujan, atau terpaksa berperang dengan lumpur di kampung.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Menariknya, anda kini tidak lagi perlu memeriksa tangki washer kerana Elon Musk dilaporkan telah pun mendaftar paten sistem pembersih cermin utama dengan menggunakan laser!

Malah, ia juga boleh diperluaskan penggunaannya bagi membersihkan sistem kamera hadapan yang selalu digunakan untuk sistem bantuan pemanduan seperti Autopilot. 

Menurut paten tersebut, sistem laser tersebut akan menggunakan kamera untuk mengesan kekotoran di atas cermin utama, cermin sisi atau cermin belakang. 

Pancaran laser kemudian akan dihalakan ke lokasi di mana kotoran tersebut dikesan, sekaligus membersihkan cermin tanpa menggunakan sumber air. 

Lakaran daripada paten tersebut turut menunjukkan Tesla Model S yang dipasang sistem laser pada hud hadapan, fender dan tiang B untuk membersihkan kamera hadapan dan kamera sisi. 
 


Antara kebimbangan utama adalah pancaran laser yang mungkin sekali menembusi cermin dan mengganggu pemanduan, namun lakaran tersebut mencadangkan penggunaan lapisan indium tin oksida supaya ia menghalang tembusan laser tersebut. 

Tambah Tesla lagi, teknologi laser ini juga boleh diaplikasikan kepada sistem panel solar fotovoltaic di mana kekotoran biasanya mampu memberikan kesan kepada penghasilkan kuasa dari matahari. 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun angka itu mendahului pasaran, ia diberitakan masih lebih rendah dari apa yang dijangkakan…
Berita Domestik
Beliau berkata, secara tiba-tiba sebuah kenderaan jenis Tesla telah menukar haluan dari lorong…
Berita Global
Kini, pembuat kereta elektrik itu telah memanggil semula beberapa kakitangan yang diberhentikan…