Tesla lancar kemaskini kecil untuk Model Y di China, 0-100 kmsj 5.9 saat, jarak gerak hingga 688 km

oleh Mohamad Hanif|
Tesla secara senyap telah mengemaskini Model Y di pasaran China, di mana crossover elektrik itu telah diberikan perubahan kecil dari segi rekaan luaran dan dalaman.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Bukan itu sahaja, beberapa varian tertentu turut diberikan naiktaraf prestasi.

Seperti contoh, varian aras mula Tesla Model Y RWD kini menawarkan jarak gerak sejauh 544 km (data CLTC), atau 9 km lebih jauh berbanding model terdahulu, diikuti pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.9 saat (model terdahulu 6.9 saat).
 

tesla


Sementara Tesla Model Y Long Range menawarkan jarak pemanduan sejauh 688 km (data CLTC), penambahan sebanyak 28 km, dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.0 saat.

Varian tertinggi Performance pula tidak mendapat sebarang perubahan dari segi prestasi serta jarak pemanduan.

Dari sudut luaran, Tesla Model Y kini ditawarkan dengan rim bersaiz 19 inci berwarna hitam menggantikan rim Gemini berwarna perak, besar kemungkinan rekaan yang jauh lebih aerodinamik.
 

tesla


Manakala untuk ruang kabin pula Tesla Model Y telah diberikan unit pencahayaan ambien RGB, serta penggunaan bahan tekstil menggantikan trim kayu pada papan pemuka.

Beberapa media tempatan turut melaporkan Tesla Model Y menerima ciri komputer pemanduan kendiri Hardware 4.0 (HW4), serta penambahbaikan dari aspek NVH.

Harga jualan Tesla Model Y kekal tidak berubah, di mana varian asas dijual pada harga bermula dari 263,900 yuan (RM170,307).

Besar kemungkinan bakal pemilik Tesla Model Y di Malaysia akan menikmati ciri-ciri yang disebutkan itu tadi, memandangkan unit crossover yang ditempah dijangka tiba di sini menjelang awal tahun hadapan.

Sumber: InsideEVs

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun angka itu mendahului pasaran, ia diberitakan masih lebih rendah dari apa yang dijangkakan…
Berita Domestik
Beliau berkata, secara tiba-tiba sebuah kenderaan jenis Tesla telah menukar haluan dari lorong…
Berita Global
Kini, pembuat kereta elektrik itu telah memanggil semula beberapa kakitangan yang diberhentikan…