Tesla lancar Stesen Pengecasan Terbesar Asia Tenggara di Gamuda Cove

oleh Firdaus Razani|
Tesla meneruskan komited untuk mempercepatkan peralihan dunia kepada tenaga mampan dengan melancarkan stesen pengecasan Super terbesar di Asia Tenggara di Gamuda Cove, Selangor.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tesla bekerjasama dengan Gamuda Land untuk membangunkan kawasan perlindungan alam semula jadi, bandar pintar dan mampan dengan menawarkan sejumlah enam Pengecas Super dan 18 Pengecas Destinasi di Gamuda Cove.

 

tesla

 

Kolaborasi antara Tesla dan Gamuda Land menandakan satu langkah penting ke hadapan dalam meningkatkan kebolehcapaian dan kemudahan mengecas kenderaan elektrik di kawasan itu.

Tesla terus berdedikasi untuk membina lebih banyak infrastruktur dan rangkaian pengecasan di Malaysia dengan lebih banyak stesen pengecasan Tesla akan beroperasi tidak lama lagi.

 

tesla

 

Dengan mewujudkan pengalaman pemilikan yang komprehensif, Tesla menyasarkan untuk menyediakan penyelesaian pengecasan yang komprehensif dan pengalaman Tesla yang lancar dengan teknologi.

'Plug in, charge and go" adalah yang terbaik untuk menggambarkan pengalaman pengecasan Tesla.

 

tesla

 

Dengan Tesla App, pengguna boleh melihat ketersediaan, menavigasi ke dan memantau status caj Superchargers atau melakukan kaedah pembayaran pengecasan yang tidak merumitkan pemilik Tesla.

Bayaran setiap penggunaan Supercharging menjadikan pengecasan Tesla menjadi salah satu kaedah pengecasan yang paling menjimatkan kos di pasaran, pada kadar RM 1.25/kWj.

 

tesla

 

Setakat hari ini, Tesla telah membuka 7 stesen Pengecas Super (36 pengecas) dan 9 stesen Pengecasan Destinasi (55 pengecas) di Malaysia.

 

tesla

 

Selain menyokong perjalanan antara Malaysia dan Singapura, Tesla juga terus membelanjakan rangkaian pengecasan ke Singapura dengan sejumlah 11 stesen pengecasan Super dan 9 stesen Pengecasan Destinasi.

Maklumat Terperinci Gamuda Cove Carpark dan Kadar Pengecasan Tesla;

Alamat

Discovery Park, Persiaran Cove Central, Bandar Gamuda Cove, 42700 Kuala Langat, Selangor

Waktu Perkhidmatan

24 Jam

Lokasi

Parkir Percuma Gamuda Cove

Kadar

-Kadar Supercharging adalah RM1.25 / kWj


-Idle fee: sehingga RM4.00 / minit apabila Stesen Supercharging pada 100%


-Pengecas Destinasi Tesla adalah percuma untuk digunakan untuk pemilik kenderaan Tesla, sehingga notis selanjutnya

 

 

tesla

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…