Tesla Malaysia lancar stesen Supercharger pertama di Johor

oleh Mohamad Hanif|
Tesla Malaysia hari ini mengumumkan pembukaan rasmi stesen pengecasan Supercharger bertempat di Sunway Big Box, Johor.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia merupakan stesen Supercharger kedua yang dibuka di Malaysia selepas stesen Supercharger di Pavillion KL, menawarkan empat pengecas pantas V3 berkapasiti 250 kW.

Ini bermakna, sebuah Model Y Performance boleh menambah jarak sejauh 270 km untuk tempoh pengecasan sepantas 15 minit.
 

Tesla


Difahamkan, lebih banyak stesen Supercharger yang akan didirikan di seluruh negara bagi memudahkan pemilik Tesla menikmati perjalanan rentas negeri yang lebih menyenangkan.

Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam, Tesla mengenakan kadar caj RM0.63/kWh untuk tempoh bermula 5 Oktober hingga 8 Oktober (11.59 pm), dan kadar tersebut akan meningkat kepada RM1.25/kWh.

Terdapat juga idle fee yang dikenakan sebanyak RM4.00/minit sekiranya stesen tersebut digunakan 100 peratus.

Tesla Malaysia turut menjemput para pelanggan untuk melihat dengan lebih dekat Model Y di Sunway Big Box bermula 5-8 Oktober 2023, dari jam 11 pagi hingga 8 pm.

 

Berita Berkenaan

Uncategorized
Tesla telah memilih Kuantan, Pahang sebagai salah satu lokasi pengecasan EV pertamanya di Pantai…
Berita Domestik
Baru-baru ini, Tesla mengumumkan pembukaan stesen Supercharging terbaharu di Pavilion Bukit Jalil…
Berita Global
Menurut laporan insideevs, Tesla telah mula melancarkan "yuran kesesakan" dengan kadar USD1 (RM4.67…