Tesla Malaysia tawar Home Charging Programme, percuma Tesla Wall Connector

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Tesla Malaysia kini sedang menawarkan Home Charging Programme, di mana pelanggan yang membeli EV Tesla secara terus dari Tesla Sdn Bhd akan menerima Tesla Wall Connector bernilai RM2,880.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Program tersebut khusus untuk semua pembelian EV Tesla bermula dari 14 Julai 2023 hingga 31 Oktober 2023.

Tesla Wall Connector yang diterima itu akan dipasang di alamat pilihan yang dinyatakan dalam borang pesanan pelanggan.

Pelanggan hanya perlu membayar kos pemasangan berharga RM2,200 termasuk kerja pemasangan standard dan peralatan standard (suis, pemutus litar, peranti arus baki, kotak agihan).

Kos kabel pula berharga RM36/m untuk kabel elektrik standard termasuk trunking/konduit, manakala pilihan kabel berperisai berharga RM60/m.

Kos tambahan RM300 juga diperlukan untuk kerja pemasangan yang beralamat di Sabah/Sarawak.

Antara syarat untuk Home Charging Programme ialah:

  • Pelanggan mesti membeli, dan menerima penghantaran, kenderaan Tesla terus daripada Tesla Sdn. Bhd.
  • Setiap pembelian kenderaan Tesla akan layak mendapat 1 unit Tesla Wall Connector, dengan syarat ia mesti dipasang oleh Pemasang yang Diluluskan Tesla.
  • Tesla Wall Connector mesti dipasang di alamat yang dinyatakan dalam borang pesanan sebelum atau dalam tempoh 3 bulan dari tarikh penghantaran EV kepada pelanggan.
  • Pelanggan mesti memastikan syarat Alamat Ditetapkan sesuai untuk pemasangan Tesla Wall Connector

 

Program tersebut turut ditawarkan dengan 12 bulan waranti Tesla Wall Connector dan 12 bulan waranti kerja pemasangan.

Tesla Wall Connector tambahan juga boleh dibeli oleh pelanggan yang layak terus dari Tesla e-store, tetapi jumlah pembelian terhad kepada 2 unit sahaja bagi setiap nombor VIN.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tesla baharu sahaja mengumumkan tarikh bagi tontonan umum untuk model trak sensasi mereka iaitu…
Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…