Selain daripada pameran barisan model tersebut, pengunjung juga boleh mengetahui lebih lanjut tentang taraf keselamatan lima bintang Tesla dengan melihat sendiri struktur badan Model 3.
Tesla Model 3 merupakan sedan elektrik terlaris di dunia dan salah satu kereta paling selamat di jalan raya dengan penarafan 5 bintang yang sempurna daripada NHTSA.
Struktur badan Model 3 terdiri daripada pelbagai gred aluminium dan keluli kekuatan tinggi yang bertujuan untuk meningkatkan kekuatan badan.
Selain itu, dipamerkan reka bentuk badan Model 3 yang unik hadir dengan ciri keselamatan yang lain untuk mengurangkan kebarangkalian kecederaan ketika kemalangan.
Perkara tersebut menjadi faktor yang menyumbang kepada Model 3 memperoleh salah satu penilaian keselamatan tertinggi dalam kelasnya daripada NHTSA, Euro NCAP dan ANCAP.
Dengan peningkatan pengguna Tesla di Malaysia dan Singapura, sudut pengecasan dipamerkan dalam acara itu untuk menyerlahkan sokongan yang tersedia bagi perjalanan merentas dua negara.
Pada pameran ini juga menampilkan e-kedai fizikal pertama Tesla di Malaysia, dengan memberikan para pengunjung peluang untuk melayari rangkaian produk di sudut e-kedai.
Pengunjung kini boleh meneroka penyelesaian tenaga mampan Tesla, aksesori inovatif dan pakaian dalam satu lokasi mengikut pada waktu dan tarikh berikut ;