Tesla saman Tesla di India!

oleh HEZERI SAMSURI|
Tesla US telah menyaman sebuah syarikat pembuat bateri di India yang menggunakan jenama Tesla Power untuk produk mereka.

Semasa kes itu didengarkan di Mahkamah Tinggi Delhi minggu lalu, syarikat bateri itu masih menggunakan nama tersebut di dalam bahan-bahan promosi dan pengiklanan mereka walaupun surat notis sudah diberikan oleh Tesla US pada April 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam perbicaraan tersebut, Tesla Power India Pvt Ltd memberi alasan bahawa perniagaan utama mereka hanyalah membuat bateri "lead acid" dan tidak ada hasrat untuk membuat kenderaan elektrik (EV).

Tesla US bagaimanapun mendakwa bahawa syarikat itu menggunakan jenama perdagangan Tesla Power dan Tesla Power USA.

 

 

Semasa perbicaraan, mahkamah ditunjukkan laman web yang menunjukan Tesla Power USA mendakwa ia mempunyai ibu pejabat di Delaware, US (sama dengan lokasi ibu pejabat Tesla US milik Elon Musk) dan syarikat bateri itu turut menulis bahawa ia dikenali sebagai pencipta dan peneraju di dalam bateri mampu milik serta mempunyai pegangan pasaran yang kuat di India.

Menurut laporan Reuters, wakil dari Tesla Power berkata mereka sudah berada di India lebih awal dari Tesla US dan mereka tidak pernah mengakui mempunyai kaitan dengan Tesla US milik Elon Musk.

Kes itu diperdengarkan selepas Musk membatalkan lawatannya ke India pada 21 April lalu.

* Laporan lengkap di Reuters.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, secara tiba-tiba sebuah kenderaan jenis Tesla telah menukar haluan dari lorong…
Berita Global
Kini, pembuat kereta elektrik itu telah memanggil semula beberapa kakitangan yang diberhentikan…
Berita Global
Menurut laporan Electrek, pekerja di pembuat kereta itu menerima e-mel pada hujung minggu sebagai…