Tesla Semi milik Pepsi rosak tak sampai tempoh dua minggu

oleh Mohamad Hanif|
Belum sempat bulan Januari melabuhkan tirainya, salah sebuah daripada trak Tesla Semi milik Pepsi dilapor tidak dapat meneruskan khidmat untuk membawa muatan kargo.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan imej yang dimuatnaik menerusi laman media sosial Reddit r/RealTesla, sebuah Tesla Semi dilihat sedang ditarik oleh trak tunda di Sacramento, California berdekatan dengan lokasi Pepsi Bottling Company.

Sehingga kini, punca sebenar kerosakan Tesla Semi masih belum dapat dikenalpasti.

Pepsi merupakan antara syarikat terawal yang menerima unit trak elektrik Kelas Lapan Tesla Semi pada 1 Disember tahun lalu.
 

Tesla


Ia sepatutnya telah dilancarkan beberapa tahun lalu, namun pelancaran rasmi trak elektrik Class 8 itu telah beberapa kali ditunda disebabkan proses pembangunan yang masih berjalan dan memakan masa bertahun-tahun.

Malah, ada di antara unit ujian Tesla Semi itu dilihat rosak dan berhenti di tepi jalan berdekatan kilang Tesla beberapa bulan sebelum unit produksi sebenar dihantar kepada pelanggan.

Masalah kualiti dan mutu perkhidmatan yang sinonim dengan Tesla menjadikan jenama itu sasaran kecaman ramai pengguna di media sosial.

Sumber: Reddit

Berita Berkenaan

Berita Global
Aplikasi yang direka khusus untuk trak elektrik tersebut dikatakan mampu menyalurkan informasi yang…
Berita Global
Unit pertama trak pengangkut berkuasa elektrik itu kini digunakan oleh firma logistik gergasi ARS…
Berita Global
Menurut laporan terkini daripada Teslarati, kebanyakan trak elektrik Semi itu tidak mengalami…