Tesla sudah mula uji Model 3 yang dipasang di China

oleh HEZERI SAMSURI|
Kilang kenderaan pertama milik asing di China, Tesla sudah mula menghasilkan produk pertamanya, sedan elektrik Model 3.

Ia adalah persediaan untuk memulakan penjualan Model 3 buatan China di negara besar itu dan pada saat ini, kenderaan yang dipasang di kilang yang terletak di Shanghai itu adalah dalam kuantiti yang sedikit.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Ini ialah kerana Tesla masih lagi dalam usaha untuk mendapatkan lesen pengilangan dari Pihak Berkuasa Tempatan yang dijangka akan diterima pada penghujung tahun 2019.

Shanghai Gigafactory (gambar di atas) ini juga adalah kilang pertama Tesla di luar US dan ia mula dibina pada Januari lalu.

Beberapa sedan Model 3 berwarna biru dengan nama Tesla tertulis dalam Bahasa Mandarin dilihat diuji oleh media-media tempatan.

Jenama Tesla adalah antara jenama premium yang popular di China.

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun angka itu mendahului pasaran, ia diberitakan masih lebih rendah dari apa yang dijangkakan…
Berita Domestik
Beliau berkata, secara tiba-tiba sebuah kenderaan jenis Tesla telah menukar haluan dari lorong…
Berita Global
Kini, pembuat kereta elektrik itu telah memanggil semula beberapa kakitangan yang diberhentikan…