TESLA TAK DUDUK DIAM - MAHU FOKUS PASARAN ASEAN

oleh Firdaus Razani|
Tesla kini dalam sasaran utama untuk mengembangkan jenama kenderaan elektrik (EV) tersebut ke rantau Asia Tenggara menurut, Eksekutif kanan Tesla.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan pasaran EV yang berkembang pesat, pembuat EV dari Amerika Syarikat itu kini menghadapi persaingan yang kuat daripada jenama utama EV China iaitu BYD.

Oleh itu, rantau Asia Tenggara telah dilihat sebagai salah satu pasaran EV yang paling hangat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Ia seolah boleh menawarkan pangkalan pelanggan yang besar kepada Tesla, sementara pada masa kini permintaan EV dilihat semakin perlahan di Amerika Syarikat.

Eksekutif Kanan dasar awam dan Pembangunan Perniagaan di Tesla, Rohan Patel berkata di laman X beliau "Asia Tenggara sudah pasti akan menjadi tempat pertumbuhan utama pada tahun-tahun akan datang dalam penyimpanan bateri dan penggunaan EV”.

 

 

Patel membalas kiriman pengguna yang menandakan penghantaran pertama kereta Model Y di Malaysia.

Tahun lalu, kerajaan telah memberikan Tesla lesen untuk menjual keretanya dan akan mewujudkan rangkaian stesen pengecasan di Malaysia.

Tesla juga sedang berbincang untuk mengembangkan operasinya di negara lain, termasuk di Thailand, yang merupakan pengeluar dan pengeksport kereta terbesar di Asia Tenggara.

Pegawai Kerajaan Thailand berkata awal bulan ini bahawa Tesla telah membincangkan potensi kemudahan pengeluaran selepas meninjau tapak pada lewat 2023.

Walaubagaimanapun, Tesla perlu bersaing dengan BYD yang kini telah menyumbang lebih daripada satu per empat daripada jualan EV di rantau Asia Tenggara.

 

byd

 

Kelebihan BYD adalah, ia telah bekerjasama dengan konglomerat tempatan yang besar yang telah membenarkan untuk meluaskan capaian, menguji pilihan pengguna dan menavigasi peraturan kerajaan yang kompleks di rantau ini.

Menurut Counterpoint, pada suku kedua 2023, BYD telah menjual lebih 26 peratus daripada jumlah semua EV di pasaran, manakala Tesla hanya menyumbang kira-kira lapan peratus.

Di Asia Tenggara, jualan EV merupakan 6.4 peratus daripada semua jumlah kenderaan pada suku tersebut, ia meningkat daripada 3.8 peratus pada suku sebelumnya.

 

SUMBER : Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…