Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin dalam ucapan di United Nations General Assembly (UNGA) kali ke-78 baru-baru ini mendedahkan negara itu bersedia menerima pelaburan berjumlah US$5 bilion daripada beberapa syarikat teknologi ternama US.
Antaranya ialah Tesla, Google, Microsoft, Citibank, JP Morgan dan juga Estee Lauder.
Srettha turut bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk untuk mengadakan perbincangan produktif mengenai Tesla, SpaceX dan inisiatif internet Starlink.
"Kami menantikan perbincangan lanjut. Saya berharap untuk lebih banyak kejayaan yang memberi inspirasi dalam bidang EV dan penerokaan angkasa - bukan hanya untuk rakyat Thailand tetapi juga masyarakat global," tulisnya di media sosial X (Twitter).
Sumber: Bernama