The Grand Tour kembali 16 Jun ini, tampilkan episod istimewa Eurocrash

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Trio kegemaran ramai, Jeremy Clarkson, Richard Hammond, dan James May akan kembali dengan episod istimewa baharu The Grand Tour pada 16 Jun ini, yang bakal menyaksikan kembara mereka di Central Europe.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Episod istimewa dengan tajuk Eurocrash itu akan disiarkan di Amazon Prime Video pada 16 Jun, dimana Amazon telah berkongsi sedikit butiran termasuk jenis kereta yang akan digunakan oleh trio tersebut.

Melalui gambar acah yang dikongsikan, trio tersebut masing-masing bersama jentera unik, Clarkson dilihat bersama Mitsuoka Le-Seyde yang terkenal semasa pertengahan tahun 90an, dimana ia merupakan asas kepada sebuah Nissan Silvia S13.

 

2

 

May pula dilihat menggunakan sebuah model convertible klasik era 30an, iaitu Crosley Convertible yang dihasilkan di Ohio oleh syarikat asal US.

Manakala Hammond pula bersama sebuah Chevrolet SSR yang dikuasakan oleh enjin V8.

Amazon belum mengeluarkan treler yang akan menyerlahkan keseronokan episod istimewa itu, tetapi satu foto menunjukkan Clarkson sedang berlumba dengan seseorang menunggang kuda.

 

3

 

Episod Eurocrash dikatakan bakal menampilkan ketiga-tiga mereka dalam perjalanan sejauh 1,400 batu dari Poland ke Slovenia, termasuk Slovakia dan Hungary.

Sebelum ini juga, terdapat berita mengenai era The Grand Tour mungkin akan berakhir lebih awal daripada yang dijangka.

 

 

Pada awal tahun ini, Clarkson dilaporkan tidak akan mempunyai program baharu yang disiarkan di Amazon Prime Video pada tahun 2024.

Namun, peminat yang mengikuti rancangan trio tersebut semenjak zaman awal mereka pasti akan terus mengikuti apa-apa rancangan yang menampilkan mereka bertiga.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan BBC, Jeremy Clarkson, Richard Hammond dan James May baru sahaja pulang dari…
Berita Global
Kereta yang dimaksudkan adalah BMW 3.0 CSL, di mana Jeremy Clarkson mendedahkan beliau menjual…
Berita Global
Episod Grand Tour yang telah dilakukan di Madagascar akan ditayangkan pada penghujung tahun ini…