Tiada lagi Golf GTI TCR tahun depan, VW mahu fokus kereta lumba elektrik

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volkswagen baru sahaja mengumumkan perkembangan penting dalam sukan permotoran apabila pengeluaran Golf GTI TCR untuk litar lumba bakal berakhir tahun ini.

Dengan penamatan itu, program sokongan pelanggan Volkswagen Motorsport akan digantikan dengan kereta elektrifikasi.

VW mahu mengfokuskan stratergi sukan permotoran melalui mobiliti elektrik dan tidak menghairankan apabila kereta lumba ID.R kerap ditonjolkan kebelakangan ini.
AION MREC Banner Campaign May 2024
VW ID.R

 

Dalam usaha tersebut ID.R telah mempamerkan prestasi cemerlang dan mencipta rekod di Pikes Peak, Amerika Syarikat, Nürburgring, Jerman, Goodwood, Great Britain dan Tianmen, China.

Penamatan Golf GTI TCR bermakna tiada versi lumba untuk Golf generasi kelapan yang baru sahaja dilancarkan beberapa bulan lepas. VW bagaimanapun menegaskan khidmat pelanggan dan pembekalan alat ganti terjamin untuk jangka masa panjang.

Jadi sekarang apa pula perancangan VW? Selain kereta lumba ID.R, VW Motorsport akan membangunkan kereta lumba konsep ID berdasarkan platform Modular Electric Drive Kit (MEB).

Perkembangan ini dilihat selari dengan pengenalan perlumbaan Electric TCR (ETCR) pada tahun depan.

 

VW Golf GTI TCR

 

SEAT telah mendahului mana-mana pengeluar dengan pengenalan Cupra e-Racer untuk ETCR musim 2020 disusuli oleh Hyundai Veloster N ETCR. 

Walaupun Golf GTI TCR dihentikan tahun ini, VW Motosport akan terus mengeluarkan Polo GTI R5 hanya untuk pasukan perlumbaan pelanggan. Ini bermakna VW tidak akan menggunakan Polo GTI R5 di mana-mana perlumbaan rali.

Kali terakhir pasukan rasmi VW bersaing dalam WRC ialah pada musim 2016.

 

VW Polo GTI R5

 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  VW menawarkan Golf GTE dan Golf eHybrid dengan teknologi hibrid plug-in generasi kedua yang…
Berita Global
  Buat kali pertama California dilengkapi dua pintu gelangsar yang bukan sahaja memudahkan…
Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…