Tidak akan gopoh lagi - Janna Nick

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selebriti terkenal tanah air, Janna Nick mengaku antara kelemahan beliau yang dilihat sewaktu perlumbaan Vios Challenge dalam acara Toyota Gazoo Racing Malaysia di Batu Kawan sebulan lalu.

Janna yang ditemui di Sepang tempohari sewaktu sesi latihan untuk perlumbaan di MAEPS, Serdang hujung minggu ini berkata beliau mempelajari banyak perkara hasil dari perlumbaan itu.

 

“Kelemahan saya ialah dari segi tukaran gear, tempat brek di selekoh dan sikap gopoh,” katanya.

Janna berazam untuk memandu dengan lebih lancar dan akan memastikan brek dikenakan di tempat-tempat strategik agar selekoh mampu diambil dengan cara lebih pantas.

“Saya juga belajar tentang keadaan tayar dan juga permukaan jalanraya. Licin, basah, kering, ia memainkan faktor penting,” terang selebriti berusia 22 tahun kelahiran Sungai Petani itu.

 

“Saya sudah faham risiko pemanduan agresif dan selepas berpeluang berlumba di litar, saya akan lebih berhati-hati memandu di jalanraya,” sambungnya.

Walaupun Janna sebenarnya tidak memandu setiap hari (pembantu peribadi beliau yang sering menjadi pemandunya), namun Janna masih mempunyai skil pemanduan yang baik dan kerana itu beliau masih kompetitif di dalam siri perlumbaan Vis Challenge, kategori Promotional itu.

Janna Nick akan berlumba bersama rakan-rakan beliau yang lain seperti Venice Min, Shukri Yahya, Diana Danielle dan ramai lagi di MAEPS, Serdang pada hari Sabtu dan Ahad ini.

Masuk adalah percuma, dan kerana itu, anda harus menghadirinya kerana ia ada banyak aktivit setempat!

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hari ini ialah pusingan terakhir Kejuaraan Vios Challenge di acara Toyota Gazoo Racing. Sepatutnya…