Tok Pa keluar kenyataan untuk bidas tuduhan Tun Mahathir

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Datuk Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hari ini berkata segala kritikan dan tuduhan terhadap masa hadapan Proton hasil dari perkongsian yang bakal dijalankan dengan Geely adalah sesuatu yang terlalu awal untuk diperkatakan.

“Ia masih terlalu awal untuk dikomen tetapi mengikut penanda-penanda yang ada, Proton sedang menuju ke satu masa hadapan yang lebih cerah. Ini dibantu lagi dengan fakta bagaimana Geely membantu Volvo untuk kembali bangkit,” ujar Mustapa atau lebih dikenali sebagai Tok Pa.

Mustapa seterusnya berkata yang pasti, tanpa bantuan pinjaman RM1.5 billion yang diberikan oleh kerajaan kepada Proton pada April 2016, masa hadapan Proton akan menjadi lebih kritikal dan nasib 350 vendor serta 60,000 pekerja akan berada di saat genting.

Tuduhan (oleh Tun Mahathir) bahawa pihak kerajaan tidak memberikan jumlah pinjaman RM1.5 billion itu adalah satu tuduhan yang tidak berasas.

“Kerajaan telah memberikan RM1.25 billion kepada Proton, yang mana hampir kesemuanya digunakan untuk membayar vendor-vendor.”

“Baki lagi RM250 juta akan diagihkan dalam masa seminggu,” ujar Mustapa.

Seperti yang dikatakan oleh Menteri Kewangan Kedua, kerajaan juga akan membayar kembali anugerah geran penyelidikan sejumlah RM1.1 billion apabila perjanjian bersama Geely dilakukan bulan Julai nanti.

Geely new JV with Volvo
Geely menghasilkan jenama Lynk & Co untuk menjadi platform pertama pergabungan teknologi dari Geely dan Volvo.

 

Mustapa menegaskan bahawa di dalam pasaran ekonomi terbuka, pertolongan seperti ini tidak dijangka namun ianya dilakukan atas tanggungjawab kerajaan untuk memastikan semua peluang, pilihan dan option yang wujud dikaji dan dicari agar mampu menjamin masa hadapan yang lebih cerah untuk Proton.

“Proton tidak boleh terus berlari kepada kerajaan setiap kali ia mempunyai masalah kewangan. Kerana itu, pinjaman RM1.5 billion diberikan hanya jika Proton benar-benar mahu mencari rakan kongsi,” sambung Mustapa.

Pasaran automotif negara sekarang mampu menjual sebanyak 600,000 unit setiap tahun dan untuk sebuah syarikat automotif berjaya, ia perlu mencapai imbangan ekonomi berskala (economic of scale).

Saga launched
Masih ramai tidak faham kenapa EON ditubuhkan oleh kerajaan ketika itu kerana ia mencipta orang tengah yang akan meninggikan lagi harga Proton.

 

“Proton sudah berjumpa dengan pihak kerajaan berkaitan rancangan untuk mengeksport produk Proton. Ada pelbagai aktiviti khas untuk eksport yang dicadangkan oleh Proton dalam tempoh lima tahun lalu.”

“Sayangnya ,tidak ada satu pun yang menjadi,” ujar Mustapa.

“Tindakah memilih Geely sebagai rakan kongsi Proton ialah satu keputusan komersil dan ia dilakukan atas kepentingan Proton, pekerja dan juga vendornya.”

“Ia juga dilakukan setelah menimbangkan beberapa faktor dan faedah termasuk kebolehan teknologi dari Geely, kemudahan R&D dan suntikan modal tunai,” sambung Mustapa.

 

POLITIK

 

Mustapa terus menyatakan rasa kesalnya kerana segala usaha kerajaan untuk memastikan Proton berjaya dilihat oleh Tun Mahathir sebagai satu perbuatan balas dendam.

“Kerajaan akan terus melindungi segala kepentingan negara dan ia tidak membuat keputusan berdasarkan kepentingan peribadi, terutamanya untuk membalas dendam.”

“Apa gunanya menjaga kepentingan negara dengan cara membiarkan syarikat itu terus rugi dan menjadi risiko kepada kebajikan pekerjanya?” soal Mustapa.

Mustapa berkata segala tuduhan yang kerajaan mengorbankan semangat nasional adalah tidak berasas kerana ia dibuktikan dengan kerjasama Perodua-Daihatsu yang berjaya. 

 

Tun Mahathir melawat Perodua
Tun Mahathir melawat Perodua, sebuah syarikat yang ditubuhkan atas cadangan beliau sendiri.

 

Malaysia juga mempunyai banyak syarikat yang menjalinkan usahasama dengan syarikat asing kerana di dalam zaman globalisasi ini, semua perlu berkongsi kebolehan dan keupayaan dan mara ke depan.

Mustapa terus menegaskan agar semua pihak yang mengkritik perkongsian Proton-Geely supaya berhenti dari berbuat begitu.

“Proton akan mempunyai rakan strategik asing untuk maju ke depan tetapi Malaysia masih mempunyai keputusan majoriti. Proton masih dikenali sebagai jenama tempatan dan tidak ada apa yang akan ditarik dari Proton,” tegas Mustapa.

“Keputusan sudah nyata jelas. Samada kita benarkan Proton membuat pengstrukturan semula dengan bantuan rakan kongsi asing, atau kita terus membutakan mata kepada semua masalah-masalah yang dihadapi oleh syarikat itu.”

“Akhirnya, kita perlu akur bahawa kepentingan vendor, pengurusan dan pekerja Proton akan menjadi keutamaan yang melangkaui perasaan bangga dan juga sifat nostalgik. Jika kita mahu terus berjaya di dalam dunia yang semakin berubah ini, kita perlu berfikiran secara logik dan matang,” akhiri Mustapa.

 

Di bawah ialah salinan Kenyataan Media beliau di dalam Bahasa Inggeris.

 

MEDIA STATEMENT IN RESPONSE TO TUN MAHATHIR'S ACCUSATIONS ON PROTON-GEELY PARTNERSHIP

1. Much has been said about the future of Proton as a result of its proposed partnership with Geely. This is rather premature as it is still too early to tell but the indicators are pointing towards a brighter future ahead given the track record of Geely in reviving Volvo. However, what we do know is that without the RM1.5 billion soft loan by the Government in April 2016, Proton's future would have been challenging - the welfare of its total direct and indirect 350 vendors and 60,000 employees would have been at stake.

2.  The allegation that the Government has not disbursed the funds promised to Proton is baseless. From the total soft loan of RM1.5 billion, the Government has disbursed RM1.25 billion to Proton which was largely used to settle the outstanding payments to its vendors. The balance of RM250 million will be disbursed in about a week. Separately, as announced by the Minister of Finance II,  the Government will reimburse Proton the research grant worth RM1.1 billion when the final agreement with Geely is signed in July 2017.

3. While this assistance is unprecedented in an open market economy, it was a responsible move by the Government in ensuring all viable options are explored to secure a better future for Proton. However, the Government cannot keep on helping out Proton everytime it faces financial difficulties. For this reason, the RM1.5 billion soft loan was made conditional upon Proton securing a foreign strategic partner. 

4. Today, the Malaysian automotive market size is about 600,000 units annually and for any company to succeed, it has to meet the economies of scale. Proton has been coming to the Government with a number of export promotion plans in the last five years. Unfortunately, none of them has materialised. 

5. It must be reminded that the decision to partner Geely was purely a commercial decision made in the best interest of Proton, its vendors and employees. It was made after taking into account a number of factors including the benefits to be derived from Geely's technology, R&D facilities and injection of cash.

6. It is very unfortunate that the Government's sincere intention and unwavering commitment of wanting Proton to succeed were labelled by Tun Mahathir as an act of vengeance. The Government will and always protect the best interest of the nation, and we do not make decisions based on personal vendettas and the need to settle scores.

7. The new reality is that the automotive industry has become very global and inter-connected. Joint ventures have become a norm as not many car makers can stand on their own feet, with examples such as Nissan-Renault and Cherry-Jaguar Land Rover. What is the point of maintaining 'national pride' as claimed by Tun Mahathir if it means letting the company to continue bleeding cash and jeopardising the welfare of its workers?  

8. Furthermore, to repeat the allegation that we are sacrificing national pride is pointless as evidenced by the Perodua-Daihatsu partnership and many other joint ventures. As we know, Malaysian companies and GLCs also have major stakes in a number of operations overseas. We live in a highly- globalised environment and in order to successfully compete globally, we must pool together our resources and forge ahead.

9. To the critics of the Proton-Geely partnership, I say enough is enough. Proton will have a foreign strategic partner moving forward but Malaysia still retains majority control. Proton is known globally as a Malaysian brand and nothing can take that away from Proton.

10. The choice before us all is clear. We either let Proton to restructure its business with the help of a foreign partner or we turn a blind eye to the problems that the company is facing. At the end of the day, it is the interest of Proton's vendors, management and staff that must be prioritised above and beyond pride as well as nostalgia. Logic and common sense must prevail against emotions at any turn, if we are to succeed in this rapidly changing global landscape. 

Dato' Sri Mustapa Mohamed
17 June 2017

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Awal bulan lalu, Menteri MITI, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kepada Bernama bahawa…