TOUCH ’N GO PERKENALKAN KEYCHAIN CHARM EDISI ISTIMEWA SEMPENA TAHUN NAGA

oleh Firdaus Razani|
Touch N’ Go baru ini telah memperkenalkan produk istimewa edisi terhad bersempena sambutan Tahun Baru Cina, iaitu keychain charm edisi Tahun Naga.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Charm Touch ’N Go edisi Tahun Naga ini merupakan sebuah produk Touch ’N Go dengan sokongan NFC dalam bentuk keychain yang boleh dibuat sebagai salah satu aksesori.

 

touchngo

 

Dengan reka bentuk dan warna merah naga yang membawa jongkong emas Cina itu, ia melambangkan tuah dan kegembiraan, manakala jongkong emas melambangkan kekayaan dan kemakmuran.

Ia mencipta naratif visual tentang rahmat dan ucapan selamat sejahtera, menjadikannya hadiah perayaan yang hebat serta koleksi.

 

touchngo

 

Sama seperti kad Touch 'n Go, ia boleh digunakan untuk pembayaran di tol, transit dan tempat letak kereta, serta pembayaran tanpa tunai.

Tambahan itu, ia juga boleh dipautkan kepada Touch 'n Go eWallet melalui telefon pintar berdaya NFC dan boleh memuatkan semula baki seperti biasa.

 

touchngo

 

Dengan jumlah unit yang terhad, harga jualan bagi produk Touch ’N Go edisi terhad ini adalah RM30.

Ia boleh dibeli di atas talian melalui Shopee rasmi Touch ‘n Go, atau pembelian secara fizikal di Pusat Perkhidmatan dan Jualan Touch ‘n Go di NU Sentral dan Bangsar South.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini mengenai produk Touch 'n Go Edisi Tahun Baru Cina ini , boleh layari www.touchngo.com.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Touch ’n Go telah menyumbang RM30,000 dalam bentuk baucar beli-belah kepada 80 individu memerlukan…
Berita Domestik
Ia juga diiktiraf sebagai salah satu daripada 25 Majikan Siswazah Paling Diutamakan Secara…
Berita Domestik
Dalam satu hantaran di Facebook, Lembaga Lebuhraya Malaysia menjelaskan ia merupakan inisiatif awal…