Toyota anjur rumah terbuka hari raya pada hujung minggu ini - Turut tawarkan pakej menarik untuk pembelian kenderaan

oleh Muhammad Md Tajudin|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sempena bulan Syawal yang masih berbaki lagi, UMW Toyota Motor ingin menjemput orang ramai berkunjung ke rumah terbuka yang dianjurkan pada hujung minggu ini di kesemua bilik pameran seluruh negara.

Majlis itu diadakan dari 14 hingga 16 Julai bermula dari pukul 9:00 pagi hingga 6:00 petang.

Pengunjung bukan sahaja dapat menikmati juadah hari raya seperti ketupat, rendang dan pelbagai lagi malah terdapat aktiviti menarik yang turut dianjurkan di bilik pameran.

Selain itu, mereka yang berminat mahu mendapatkan kenderaan Toyota, terdapat tawaran istimewa yang ditawarkan bermula dari rebat sehinggalah kepada aksesori percuma.

Berikut ialah kempen istimewa UMW Toyota Motor sepanjang Julai 2017:

  • Rebat tunai sehingga RM5,000 untuk model Camry, Corolla Altis, Vios, Sienta, Fortuner, Hilux, Avanza dan Innova
  • Aksesori percuma bernilai sehingga RM5,700 untuk Corolla Altis dan RM4,000 untuk Vios
  • Tambahan duit raya bernilai RM500 untuk Vios
  • Lima tahun servis percuma untuk Alphard dan Vellfire

Kesemua kenderaan hendaklah didaftarkan sebelum Ogos 2017. Tertakluk kepada syarat dan baki stok.

 

 

Mereka yang membeli Vios turut diberikan Value Packages yang datang dengan aksesori percuma seperti Perakan Video Digital, Slot pengecas USB, cermin sisi boleh lipat automatik dan juga Monitor Panoramik yang memberikan imej 360 darjah.

Value Package yang ditawarkan turut terbuka kepada mereka yang mendapatkan Corolla Altis pada bulan ini. Pakej itu merangkumi sistem DVD AVX dengan kamera undur, Filem cermin penebat haba dan Toyota Premium Security, Perakam Video Digital dan plat ambang pintu bercahaya.

Tidak cukup dengan itu, UMW Toyota turut menawarkan kepada cabutan bertuah ke Pameran Kenderaan Tokyo buat mereka yang membeli kenderaan dari 1 Julai hingga 30 September 2017.

Maklumat lanjut mengenai tawaran yang disediakan boleh didapat di bilik pameran Toyota terdekat atau boleh menghubungi 1800-8-TOYOTA (869682)TOYOTA atau menulis emel kepada [email protected].

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
  2023 merupakan tahun mencabar yang menyaksikan pemberian paten menurun tiga peratus merentasi…