Toyota buka tempahan untuk Vios 2018

oleh Afandi Che Muhamad|
Bersempena ketibaan Tahun Baru, UMW Toyota Motor (UMWT) berbesar hati mengumumkan bahawa tempahan bagi model Vios edisi 2018 sudah pun dibuka berkuatkuasa serta-merta hari ini.
Menariknya, model Toyota paling laris terjual di Malaysia itu telah disuntik dengan beberapa elemen terkini baik dari aspek luaran mahupun dalaman ke atas Vios baharu ini.

Berbeza dengan versi sebelumnya, varian J, E, G dan GX kini mengayakan kit rekaan serba baru.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain kit, Vios 2018 ini turut didatangkan dengan sensor parkir yang mana ia merupakan fungsi standard bagi varian G, GX dan TRD dan aksesori tambahan lain seperti antena jenis shark fin dan elemen pencahayaan terkini di bahagian plat pintu.

 

vios 2

 

Bukan itu sahaja, UMWT turut menaik taraf sistem hiburan DVD-AVX pada Vios baharu ini. Aksesori berkenaan kemudian dijayakan lagi dengan kehadiran fungsi standard paparan kamera undur bagi semua varian kecuali Vios J (MT) dan J (AT).

Beralih kepada model TRD pula, UMWT memilih untuk mengekalkan kit sedia ada. Apa yang membezakan kit ini berbanding sedia ada adalah penggunaan pelekat merah sebagai kemasan tambahan di beberapa bahagian badan termasuk penutup rim.

Secara keseluruhannya, ciri sedia ada seperti panoramic view monitor dan perakam video digital masih diaplikasikan pada Vios 2018 ini.

UMWT menyediakan enam varian bagi Vios 2018 untuk dipilih pengguna seperti Vios 1.5J (MT), Vios 1.5J (AT), Vios 1.5E (AT), Vios 1.5G (AT), Vios 1.5GX (AT) dan Vios TRD (AT).

 

vios 1

 

Harga atas jalan tidak termasuk insurans ditawarkan bermula serendah RM74,980 bagi Vios 1.5J (MT); Vios 1.5J (AT) - RM77,980, Vios 1.5E (AT) - RM81,980, Vios 1.5G (AT) - RM87,980, Vios 1.5GX (AT) - RM90,980 dan Vios TRD (AT) - RM93,980.

Masing-masing disertakan dengan jaminan servis percuma selama lima tahun tanpa had pembatuan.

Pelanggan yang memasang niat untuk mengesahkan tempahan bagi model Vios 2018 ini dialu-alukan berbuat demikian dengan berkunjung ke ruang pameran berdekatan di seluruh negara atau boleh juga melayari laman web rasmi UMWT di www.toyota.com.my untuk maklumat lanjut.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, menzahirkan kepuasannya dengan prestasi 2023, di mana kejayaan…
Uncategorized
Pada tahun ini, sebanyak 15 sekolah menengah di seluruh negara mengambil bahagian, yang diwakili…