Toyota jenama paling popular dicari atas muka bumi - Veygo

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah syarikat insurans Veygo telah menerbitkan senarai jenama automotif yang paling dicari menerusi khidmat carian Google di seluruh dunia dan tidak mengejutkan apabila jenama Toyota masih lagi mendahului senarai tersebut setelah menjadi juara pada tahun yang lalu.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Dengan jumlah carian sebanyak 7.8 juta sebulan, Toyota kini menjadi jenama automotif paling popular mengalahkan Honda (7 juta carian) dan Ford (6.4 juta) di 57 buah negara. 

Mengikuti jejak langkah Toyota ialah BMW di tempat kedua yang menjadi jenama popular di 25 buah negara, diikuti oleh Mercedes-Benz (23 negara). 
 


Jenama kenderaan elektrik Tesla pula menjadi bahan carian utama di tujuh buah negara yang masing-masing merupakan negara mesra EV seperti di Norway, Netherland dan juga Hong Kong. 

Manakala terdapat lima buah negara lain masing-masing membuat carian berdasarkan jenama tempatan popular seperti:

  • Perancis - Renault
  • Jerman - Mercedes-Benz
  • India - Maruti Suzuki
  • Malaysia - Perodua
  • Sweeden - Volvo

Jenama Perodua nampaknya masih kekal sebagai jenama nombor satu paling dicari di kalangan rakyat Malaysia mengalahkan jenama-jenama yang lebih besar dan gah, membuktikan popularitinya yang tersendiri sebagai nadi penggerak rakyat. 

Sumber: Veygo 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak seperti kebanyakkan jenama lain yang ke arah elektrifikasi atau tenaga baharu, Subaru kini…
Berita Domestik
Dengan pencapaian jumlah jualan April itu, angka jualan tahun 2024 UMW Toyota kini mencatatkan…
Berita Global
Presiden Toyota Koji Sato pada sidang akhbar berkata "Kami menyasarkan untuk meningkatkan usaha…