Toyota kerjasama dengan BYD hasilkan sedan EV yang luas, mampu milik - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Toyota bZ4X merupakan kemasukan pertama dalam keluarga beyond Zero (bZ) yang diperkenalkan oleh Toyota kelak, dan terdapat laporan terbaharu yang menyebut Toyota akan melancarkan model kedua bZ pada tahun depan.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Berdasarkan berita daripada Automotive News Europe, Toyota dilaporkan akan mendapatkan bantuan daripada pengeluar China BYD untuk menghasilkan sebuah sedan berkuasa elektrik.

Menurut sumber, matlamat utama kerjasama itu adalah untuk mendapatkan teknologi bateri lithium-iron-phospate Blade, di mana teknologi ini mampu untuk menghasilkan sebuah sedan dengan ruang kabin yang luas, dan dalam masa yang sama masih lagi mampu untuk dimiliki.

Tambahan pula, EV Toyota baharu ini dikatakan memiliki dimensi yang sedikit besar berbanding Corolla, dan salah satu sumber itu mendakwa ia sebenarnya 'sebuah Corolla dengan ruang belakang yang lebih luas'.

Model baharu EV Toyota ini akan muncul sebagai kereta konsep di acara Beijing Auto Show pada April bulan depan, dengan harga jualan dianggarkan bermula di bawah 200,000 yuan.

Setakat ini, Automotive News Europe menyebut kedua-dua pihak Toyota dan BYD enggan memberikan sebarang maklum balas.

Sumber: Automotive News Europe

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak seperti kebanyakkan jenama lain yang ke arah elektrifikasi atau tenaga baharu, Subaru kini…
Berita Domestik
Dengan pencapaian jumlah jualan April itu, angka jualan tahun 2024 UMW Toyota kini mencatatkan…
Berita Global
Presiden Toyota Koji Sato pada sidang akhbar berkata "Kami menyasarkan untuk meningkatkan usaha…