Toyota masih komited tawarkan model-model sedan

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Corolla memulakan hayatnya pada tahun 1966 sebagai sebuah sedan, dan sejak daripada itu ia telah mula berevolusi menawarkan pelbagai jenis bentuk badan termasuklah hatchback, wagon, coupe dua pintu, dan yang terbaharu dalam bentuk crossover SUV.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Walaupun portfolio Corolla kini semakin berkembang, ia tidak membawa makna Toyota akan berganjak daripada terus menawarkan model-model sedan pada masa akan datang.

Dalam satu perbincangan panel bertempat di Toyota Motor HQ di Amerika, pihak tertinggi syarikat automotif itu menegaskan pasaran untuk model-model sedan masih lagi wujud walaupun pengguna kini mula beralih kepada trak dan SUV.

Mereka menambah, walaupun trend pasaran sedan mula menurun, ia dilihat sudah bertambah stabil sejak akhir-akhir ini.

Toyota juga tidak perlu risau kerana selain berjaya menguasai 20 peratus pasaran kereta penumpang di sana, rata-rata model sedan sudah tidak lagi ditawarkan oleh pesaing seperti Chevrolet Cruze, Chevrolet Impala, Ford Focus dan Mazda6.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak seperti kebanyakkan jenama lain yang ke arah elektrifikasi atau tenaga baharu, Subaru kini…
Berita Domestik
Dengan pencapaian jumlah jualan April itu, angka jualan tahun 2024 UMW Toyota kini mencatatkan…
Berita Global
Presiden Toyota Koji Sato pada sidang akhbar berkata "Kami menyasarkan untuk meningkatkan usaha…