Toyota raih empat anugerah sempena ulang tahun ASEAN NCAP yang ke-10

oleh Mohamad Hanif|
Toyota berjaya menerima beberapa anugerah "Decade of Safer Vehicle Awards" bersempena dengan sambutan ulang tahun program penilaian kenderaan baharu Asia Tenggara, ASEAN NCAP yang ke-10 dianjurkan baru-baru ini (9 Disember).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Empat anugerah yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

  • Best Adult Occupant Protection 2017-2020 - Toyota C-HR
  • Best Safety Assist 2019 - Toyota Majesty/Granvia
  • The Most 5-Star Car 2017-2020
  • The Most 5-Star Car 2012-2020

Menurut Prasanna Ganesh selaku Naib Presiden Eksekutif Toyota Daihatsu Engineerig & Manufacturing (TDEM) berkata, "kami berasa amat berbesar hati untuk diiktiraf dalam pelbagai kategori bersempena sambutan ulang tahun ASEAN NCAP yang ke-10, dan akan terus komited menjadikan produk dan teknologi lebih baik dan lebih selamat berbanding masa lalu.
 

Majesty


"Toyota mempunyai sejarah yang sangat panjang di Asia, di mana kami telah diiktiraf oleh para pelanggan kami sebagai jenama yang sinonim dengan QDR - Kualiti, Kebolehpercayaan dan Ketahanan, serta selamat.

"Kami telah memulakan aktiviti produksi di negara seperti Thailand dan Malaysia seawal tahun 1960-an, dan lebih daripada enam dekad kami berusaha untuk membangunkan produk terbaik yang bukan sahaja sesuai untuk pelanggan ASEAN, akan tetapi menambahbaik dan membawakan teknologi keselamatan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab kami sebagai sebuah syarikat mobiliti yang mengutamakan keselamatan jalan raya dan trafik di rantau ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak seperti kebanyakkan jenama lain yang ke arah elektrifikasi atau tenaga baharu, Subaru kini…
Berita Domestik
Dengan pencapaian jumlah jualan April itu, angka jualan tahun 2024 UMW Toyota kini mencatatkan…
Berita Global
Presiden Toyota Koji Sato pada sidang akhbar berkata "Kami menyasarkan untuk meningkatkan usaha…