Toyota sedang pertimbang hasilkan Hilux versi elektrik - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini kita telah pun diperlihatkan dengan model konsep Hilux Revo BEV Concept di acara pameran Bangkok International Motor Show.

AION MREC Banner Campaign May 2024

Projek ini sebenarnya merupakan kerjasama terbaharu antara Toyota Thailand dan Toyota Australia untuk meneroka potensi sebenar Hilux sebagai sebuah kuda kerja berkuasa elektrik.

Dalam temubual bersama laman Top Gear, ketua bahagian kenderaan komersial ringan Toyota Motor Eropah, Emmanuel Beaune menjelaskan mereka sedang meneliti kemungkinan untuk merealisasikan Hilux EV.

"Ia sememangnya merupakan sebahagian daripada pendekatan multi-pathway kami, untuk mempunyai penyelesaian dan trenkuasa yang berbeza.
 

hilux


"Jadi, masih lagi terlalu awal untuk memberikan komen pasal Hilux elektrik pada hari ini. Masih terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti, tetapi saya tidak boleh bercakap dengan lebih lanjut," ujarnya.

Menurut Beaune lagi, "Toyota menguasai 30 peratus pasaran segmen trak pikap di Eropah, tetapi kami dapat melihat sesetengah pihak mungkin berminat dengan sebuah BEV.

"Terdapat beberapa permintaan wujud di sana. Ia adalah sebab kenapa kami masih lagi berbincang dengan Toyota Motor Corporation (TMC) di Jepun untuk mencadangkan penyelesaian yang terbaik.

Baca: Hilux REVO BEV Concept

Baca: Hilux H2 Concept

Baca: Hilux Revo BEV Concept @ BIMS 2023

Sumber: Top Gear

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak seperti kebanyakkan jenama lain yang ke arah elektrifikasi atau tenaga baharu, Subaru kini…
Berita Domestik
Dengan pencapaian jumlah jualan April itu, angka jualan tahun 2024 UMW Toyota kini mencatatkan…
Berita Global
Presiden Toyota Koji Sato pada sidang akhbar berkata "Kami menyasarkan untuk meningkatkan usaha…