Toyota terima lebih 2,600 paten pada 2023, tertinggi di kalangan pengeluar kereta di AS!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota IsoDynamic Performance Seat
Toyota IsoDynamic Performance Seat
Untuk berada di dalam kelompok teratas, sesebuah pengeluar kereta perlu berbelanja besar dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (P&P).

Daripada P&P terhasil ciptaan dan inovasi baharu. Satu daripada petunjuk pengeluar menumpukan pada P&P secara bersungguh ialah jumlah paten yang difailkan.

Sebagai contoh, Toyota menerima jumlah paten tertinggi dari Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat (USPTO) di kalangan pengeluar kereta pada 2023.

Fakta itu terkandung di dalam laporan tahunan Persatuan Pemilik Harta Intelektual (IPO). Bukan kali pertama malah sepuluh tahun berturut-turut!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Toyota IsoDynamic Performance Seat

 

2023 merupakan tahun mencabar yang menyaksikan pemberian paten menurun tiga peratus merentasi pelbagai industri di Amerika Syarikat (AS).

Di sebalik keadaan itu, Toyota berada di tempat ketujuh keseluruhan dengan menerima 2,667 paten.

Berikut tiga contoh inovasi Toyota:

1. Kerusi Kinetik Untuk Kenderaan

 

Toyota Tacoma TRD Pro 2024

 

Toyota Tacoma TRD Pro 2024 dilengkapi kerusi IsoDynamic Performance Seat. Dari gambar boleh dilihat kecanggihan kerusi ini dengan penyerap hentak di belakang.

Perkakasan itu meredam pergerakan kereta secara menegak dan melintang dan mengurangkan bebanan serta impak pada pemandu dan penumpang.

Secara ringkas, kerusi IsoDynamic dibuat bagi menstabilkan sudut pandang pemandu untuk meningkatkan tumpuan, keselesaan dan mengurangkan keletihan di laluan mencabar.

Peredam kerusi boleh ditala mengikut kesesuaian pemandu dan penumpang atau dibiarkan sahaja melalui tuil di belakang.

2. Woven Carbon Fiber Reinforced Steel Matrix Composite

Inovasi ini boleh digunakan untuk meringankan perkakasan kenderaan.

Bahan ini merupakan fabrik gentian karbon daripada gentian yang panjang dan tersusun dalam matriks keluli yang menjadikannya ringan tanpa menjejaskan prestasi.

Melalui pelapisan gentian karbon dalam corak tenunan dan disinter (pemanasan dan tekanan tanpa mencair) dengan bahan nano keluli, komposit yang terhasil mempunyai kekuatan tinggi.

3. Sistem dan Kaedah dengan Gegelung (Coil) Dua Fungsi untuk Pembekalan Kuasa Tanpa Wayar dalam Kenderaan

Teknologi ini menyingkirkan keperluan kabel yang besar, penyambung dan plag untuk mengecas kenderaan serta pembekalan tenaga elektrik (lampu kabin, telefon dll).

Inovasi ini dibuat untuk kenderaan bateri (plug-in hybrid dan kenderaan elektrik bateri) dan menggunakan gegelung dua fungsi.

Gegelung dalam kenderaan boleh menerima kuasa daripada grid elektrik secara bebas wayar untuk mengecas bateri dan memindahkan kuasa kepada bekalan kuasa tambahan bersepadu.

Belanja besar!

Di peringkat dunia, Toyota membelanjakan sekitar AS$1 juta (RM4.67 juta) setiap jam untuk P&P.

Tujuannya supaya Toyota dapat membangunkan kenderaan dan teknologi yang canggih, bermutu tinggi dan menarik dengan pantas dan berterusan.

Komitmen ini memastikan Toyota bukan sahaja memenuhi keperluan pelanggan tetapi juga masa depan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…