Toyota terpaksa henti produksi di dua kilang Jepun akibat krisis cip semikonduktor

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat automotif Toyota nampaknya turut terkesan dengan krisis kekurangan bekalan mikrocip semikonduktor sehinggakan terpaksa menghentikan sementara produksi di dua kilang utama Jepun bermula bulan hadapan.

Toyota mengesahkan penangguhan sementara operasi pemasangan di tiga barisan produksi - satu daripadanya bertanggungjawab memasang model C-HR selama lapan hari diikuti barisan produksi Yaris dan Yaris Cross selama lima hari bermula 7 Jun.

Sebuah lagi barisan poroduksi di fasiliti Miyagi yang turut memasang Toyota Yaris Cross akan turut dihentikan selama tiga hari pada tarikh yang sama.

Ini merupakan kali pertama Toyota terpaksa menghentikan sementara produksi domestik akibat kekurangan cip semikonduktor.

Masalah ini tidak akan selesai dalam tempoh yang singkat, memandangkan ramalan daripada AlixPartners mencadangkan ia akan mengakibatkan produksi global berkurangan 3.9 juta, dengan kos kira-kira $110 bilion.

Punca kekurangan bekalan semikonduktor ini adalah disebabkan kurangnya permintaan terhadap industri automotif pada awal tahun 2020, dan peningkatan permintaan yang tinggi terhadap barangan elektronik.

Sumber: Nikkei Asia Review

Berita Berkenaan

Berita Global
  Toyota tidak menumpukan pada satu teknologi dan seperti yang kerap disebut berpegang kepada…
Informasi
Atenza (Mazda 6), dan Axela (Mazda 3) sudah ditamatkan pengeluaran di Jepun sejak 2018 dan 2019,…
Berita Global
Sementara itu, Mazda Motors Corporation menghentikan pengeluaran dua model, termasuk MAZDA2, di…