Toyota terus nekad dalam sel bahan api, tubuh ibu pejabat hidrogen di California

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Mirai
Toyota Mirai
Di dalam kepesatan teknologi elektrifikasi hari ini, ada yang meragui tentang teknologi sel bahan api (fuel cell).

Bukan semua pengeluar menumpukan perhatian mendalam di dalam teknologi itu kecuali beberapa yang tegar seperti Toyota, Honda, Hyundai dan BMW.

Keraguan tersebut munasabah kerana tidak banyak usaha dalam menguar-uarkan kelebihannya selain sambutan dari pihak industri dan pembuat polisi.

Di sebalik cabaran tersebut, Toyota nekad dalam mengenengahkan teknologi sel bahan api.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Toyota Mirai Fuel Cell

 

Terbaru Toyota Motor North America (TMNA) mengumumkan penamaan pejabat Penyelidikan dan Pembangunan R&D California sebagai Ibu Pejabat Hidrogen Amerika Utara (H2HQ).

Penamaan semula itu bagi memperkukuhkan komitmen Toyota dalam menyokong sel bahan api serta produk dan teknologi berkaitan hidrogen ke arah ekonomi hidrogen.

Ruang kerja pejabat di H2HQ telah direka semula untuk kakitangan dari R&D, perancangan pengkomersialan dan jualan produk dan teknologi berkaitan hidrogen.

Toyota juga mempunyai perancangan untuk menambah kemudahan lain seperti grid mikro (sistem/kemudahan tenaga berasingan), pusat pendidikan mampan dan pelbagai lagi.

 

Toyota Kenworth Fuel Cell Electric Hydrogen ZANZEFF

 

Penubuhan ini adalah usaha terbaru selepas Toyota Motor Corporation menyusun semula perniagaan hidrogen di Jepun dan menubuhkan Hydrogen Factory pada 2023.

Idea di sebalik penubuhan di Jepun itu bagi menghimpunkan semua kerja berkaitan hidrogen di satu tempat.

Toyota juga mahu mempercepatkan pembangunan produk berorientasikan pelanggan dan pengeluaran produk sel bahan api atau berkaitan hidrogen.

Toyota Motor Europe menyusul dengan Hydrogen Factory sendiri bagi mengembangkan lagi perniagaan hidrogen Toyota selain ekosistem dan infrastruktur hidrogen di Eropah.

 

Toyota Hilux hydrogen fuel cell electric 2023

 

H2HQ akan memacu usaha hidrogen di Amerika Utara dan membantu dalam penyetempatan teknologi dan produk berkaitan hidrogen global.

Di antaranya penggunaan sel bahan api kegunaan ringan, peluang sel bahan api kegunaan berat, penjanaan kuasa sel bahan api tidak kekal dan pelbagai lagi.

H2HQ sudah pun mempunyai aset penyelidikan dan pembangunan yang bagus seperti dynamometer terbesar Toyota (1.2 MW).

Turut tersedia meja ujian (test bench) dan stesen pengisian hidrogen untuk kenderaan ringan dan berat. H2HQ juga bakal menjadi pusat kepada beberapa projek baharu.

 

Toyota 1MW Fuel Cell Generator

 

Pembinaan grid mikro anjal telah pun bermula termasuk sistem fotovolta solar 230 kW dan penjana sel bahan api membran penukar proton (PEM) 1MW.

Turut dibina sel bahan api oksida pepejal (SOFC) 325 kW dan sistem sistem tenaga bateri 500 kWj. 

Grid mikro direka bagi menyokong keperluan tenaga di kampus Toyota dan membolehkannya beroperasi tanpa grid utama dan dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang 2026.

Program penyelidikan dan pembangunan Toyota di dalam teknologi sel bahan api hidrogen telah berjalan selama lebih 30 tahun.

Buktinya boleh dlihat pada Toyota Mirai, pengangkutan kenderaan berat, sistem penjanaan tenaga dan pelbagai lagi.

 

 Toyota Mirai 2023

 

Kampus Toyota di Gardena, California turut terlibat di dalam usaha tersebut dan memulakan sejumlah projek sel bahan api elektrik.

Sebagai contoh bahagian Pembangunan Sel Bahan Api (FCD) memainkan peranan penting dalam membantu pembangunan Mirai yang dilancar pada 2015.

Mereka juga bekerjasama dengan rakan industri bagi membantu pengembangan infrastruktur melalui pentadbiran California.

Pada 2017 FCD memasang rangkaian kuasa sel bahan api elektrik pada lori dan kemudian mendorong kepada projek Zero- and Near-Zero Emissions Freight Facilities (ZANZEFF).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Toyota Mirai 2023
Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak seperti kebanyakkan jenama lain yang ke arah elektrifikasi atau tenaga baharu, Subaru kini…
Berita Domestik
Dengan pencapaian jumlah jualan April itu, angka jualan tahun 2024 UMW Toyota kini mencatatkan…
Berita Global
Presiden Toyota Koji Sato pada sidang akhbar berkata "Kami menyasarkan untuk meningkatkan usaha…