Toyota umum produk elektrik untuk semua bermula 2020 - 6 model EV sudah diumum

oleh HEZERI SAMSURI|
Toyota akhirnya mengumumkan bahawa ia akan menghasilkan kenderaan elektrik sepenuhnya (EV) bermula dari tahun 2020.

Ini selepas syarikat itu melancarkan platform EV bateri (BEV)baharu bersama enam model BEV termasuk kereta kompak, crossover, SUV dan pelbagai lagi berdasarkan platform e-TNGA.

Perancangan itu akan dimulakan dengan Toyota CH-R BEV dan kembar Toyota Izoa BEV di China.

Bermula tahun 2025 pula, semua produk Toyota akan mempunyai varian elektrik, atau sekurang-kurangnya hibrid.

Enam model BEV yang sedang dibina oleh Toyota untuk dilancarkan dalam masa terdekat ini memang menarik.

  • Kereta kompak (usaha sama antara Suzuki dan Toyota Daihatsu)
  • Crossover saiz pertengahan (seperti saiz Harrier)
  • Sedan saiz pertengahan (seperti Corolla Altis)
  • MPV saiz pertengahan (seperti Estima)
  • SUV saiz sederhana (usaha sama dengan Subaru; saiz seperti Forester)
  • SUV besar (seperti Land Cruiser)

Platform e-TNGA untuk keenam-enam model di atas pula menawarkan satu pelantar bolehubah untuk pelbagai jenis genre kenderaan dan saiz.

Ia juga mampu diletakkan dengan bateri pelbagai saiz serta keupayaan untuk membina kenderaan dengan tren kuasa roda hadapan (FWD), roda belakang (RWD) atau All Wheel Drive (AWD) dengan dwi-motor elektrik.

 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bagaimana dengan mata pencarian pekerja? Di dalam peralihan ini, semua pihak perlu berpijak di…
Berita Domestik
Menurutnya, bagi memastikan ketelusan dan keterbukaan, kesemua laporan pengujian semula tersebut…
Berita Global
  Sejak diperkenal di Australia pada 2020, sebanyak 2,591 buah GR Yaris terjual termasuk 1,001…