Tracker Cub Tanjung Lumpur

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Street cub sudah menjadi kebiasaan sekarang ini dan bila kita sebut street cub, imej Honda C70 dengan tayar besar terus terpampang di dalam minda.

Namun begitu, untuk Mohd Khairul Azwan Khairudin atau nema gelaran beliau, Wan Din, beliau mahu keluar dari kepompong minda itu.

Anak kelahiran Kota Gelanggi 1 di Jerantut ini sebenarnya ialah seorang pengusaha syarikat pembinaan dan beliau lebih popular di kalangan peminat 4x4 di sebelah Pahang kerana Khairul aktif dengan kelab Pahang Truckerz dan juga dengan Triton Tuners Cub.

Jentera 4X4 beliau terdiri dari Mitsubishi Triton dan Daihatsu Rocky (maaf, Rocky telah dijual rupanya).

Untuk projek kapchai ini, Khairul memilih konsep tracker - motosikal genre perlumbaan di atas litar bulat dengan permukaan tanah.

tracker kapchai 1

 

Tracker sebenarnya mirip kepada motosikal varian "scrambler" pada Harley-Davidson dan Triumph. Ia seolah-olah sebuah cafe racer tanpa fairing depan dan tayar semi-knobbies.

Untuk membawa konsep itu kepada sebuah kapchai Honda C70, perubahan kerangka harus dilakukan.

Sebuah Honda C70 dibeli dari seorang rakan dengan harga RM200, lengkap dengan geran namun motosikal itu jauh dari lengkap. 

Orang panggil, dah barai.

tracker kapchai 2

 

Khairul menghantar C70 itu ke bengkel rakannya di Maju Motor Kuantan, Semambu untuk program ubahsuai kerangka dan proses cat.

Sub-frame untuk pelana dan tangki dibuat selepas ukuran diambil untuk memastikan Khairul boleh duduk dengan selesa.

Selepas itu, fork hadapan dari Yamaha RX-Z dimasukkan. Getah penghadang pada fork itu pula diambil dari Honda CG100.

Barangan CG100 lain yang digunakan termasuklah lengan buai belakang, lampu hadapan, tangki dan juga meter. Semuanya dibeli dari kedai-kedai aksesori di Kuantan.

tracker kapchai 3

 

Untuk palang hendal, Khairul ambil dari kedai basikal sementara lampu bulat belakang itu ialah dari kedai aksesori motosikal.

Rim diambil dari motosikal Yamaha RX-Z, begitu juga dengan brek hadapan. Brek belakang masih standard.

Pelana juga custom-made, dari kedai rakan di Giat Mara Batu 6, Jalan Gambang, Kuantan.

Untuk enjin pula, Khairul menggunkan blok yang lebih besar. Seraya itu, piston turut ditukarkan. Transmisi masih standard - 3 kelajuan.

tracker kapchai 4

 

Ekzos pula dibuat sendiri dengan gaya sporti. Careta rasa mungkin ekzos dengan corong trumpet lebih sesuai, atau ekszo dinaikkan tinggi di sisi pelana, seperti Triumph Scrambler.

Menurut Khairul, kos membuat projek ini jauh lebih murah dari street cub tayar besar. Beliau menghabiskan dalam RM3,500, termasuk kos baik pulih enjin.

Beliau juga berkata tracker cub ini lebih selesa untuk ditunggang jauh.

tracker kapchai 6

 

"Duduk lebih selesa dan kerana tayarnya yang lebih kecil, pengendalian dan juga keselesaan lebih mantap," ujar Khairul semasa bertemu dengan beliau di kawasan rumahnya di Kempadang, berhampiran dengan Tanjung Lumpur.

Paling jauh, Khairul menunggangnya ke Kuala Lumpur, pergi dan balik.

"Tangki penuh dalam RM17 dan kelajuan anggaran lebih dari 100 kmsj," sambung beliau.

tracker kapchai 7

 

Nampaknya tracker cub Khairul ini lebih baik dari kapchai C70 standard!

Tahniah Khairul atas daya usaha dan idea anda.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…