Pasangan suami isteri tersebut tiba di Jalan Mahawangsa, pekan Kuah semalam untuk memeriksa pusat khidmat Ahli Parlimen Langkawi dengan diiringi oleh para pengawal yang duduk di kerusi belakang SUV itu.
Mereka menghabiskan masa selama 30 minit di dalam bangunan empat tingkat itu sebelum Tun Dr Mahathir memandu semula menghala semula ke lapangan terbang.
Pusat khidmat terbaru itu dijangka akan dibuka penghujung bulan ini.
Pada awal bulan lepas, Tun Dr Mahathir juga dilihat memandu isteri dan para pengawal mereka ke mesyuarat di Ombak Villa dan beliau didapati enggan duduk di kerusi belakang seperti kebiasaan para VIP.
Sumber: The Star