TUNGGANG UJI RINGKAS: Kawasaki Z125 Pro - Kecil-kecil cili padi!

oleh Mohamad Hanif|
Kecil-kecil cili padi, itu merupakan perumpamaan yang boleh penulis kaitkan pada motosikal kecil ini.

Kawasaki Z125 Pro merupakan sebuah motosikal mini di bawah keluarga Z, hadir dengan enjin 125 cc silinder tunggal dengan ciri sejukan udara dan transmisi manual empat kelajuan sahaja.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Enjin 125 cc tersebut menghasilkan 9.8 PS kuasa dan daya kilas sebanyak 9.6 Nm pada 6,000 rpm putaran enjin. 

Memandangkan fizikalnya yang begitu kecil dan comel, ia amat mudah dikendalikan oleh sesiapa sahaja yang menginginkan sebuah motosikal yang ringkas untuk kegunaan seharian. 
 


Rupa luarannya yang garang dan agresif serta merta mengingatkan kita bahawa Kawasaki Z125 ini sebenarnya berada di dalam keluarga Z, sebuah naked sportbike yang mampu melontarkan pengalaman tunggangan yang menarik. 

Dengan posisi tunggangan yang menegak, dibantu dengan ketinggian handlebar yang sesuai, ia mampu dikendalikan di kawasan trafik yang sesak, sesuai untuk mereka yang inginkan sebuah motosikal yang ringkas untuk ke tempat kerja, surau mahupun kuliah di universiti. 
 


Oleh kerana sifat asal motosikal ini lebih kepada tunggangan jarak dekat, penulis tidak sempat untuk menghabiskan sejumlah 7.4 liter bahan api yang dibekalkan semasa mula menerima motosikal ini daripada Kawasaki. 

Cuma perlu diingatkan supaya tidak meletakkan sebarang keychain pada kunci motosikal ini oleh kerana posisi kunci yang amat dekat dengan engsel handlebar mampu 'menghalang' penunggang daripada membelok di celah-celah kereta ketika menempuh kesesakan lalu lintas. 
 


Kawasaki Z125 Pro dijual pada harga RM9,800 atas jalan tanpa insurans dan didatangkan dengan dua piihan warna iaitu Lime Green dan Orange. 

Bagi mereka yang berbadan kecil akan tetapi mahukan sebuah motosikal ala-ala naked superbike, mungkin boleh pertimbangkan Kawasaki Z125 Pro ini sebagai motosikal permulaan.