Ubah Suzuki Jimny anda jadi Jeep Cherokee XJ mini

oleh Mohamad Hanif|
Suzuki Jimny generasi baharu boleh dikatakan sebuah model SUV off-road yang sangat versatil.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan teknik dan sumber wang yang betul, anda boleh mengubah penampilan Jimny menjadi SUV terkenal seperti Mercedes-AMG G 63, Land Rover Defender, serta tidak ketinggalan Ford Bronco.

Di Jepun, sebuah lagi syarikat penala yang dinamakan sebagai Marvelous tampil dengan kit badan baharu yang diinspirasikan daripada Jeep Cherokee XJ.
 

Jimny


Pakej yang ditawarkan itu merangkumi perubahan pada bahagian depan, di mana unit lampu asal Jimny digantikan dengan unit lampu petak, diikuti dengan jeriji enam slot yang menyamai rekaan Jeep.

Selain itu, Marvelous turut menawarkan opsyen penambahan fender lebar yang mengingatkan kita kepada model Wrangler.

Menjadikan Jimny Cherokee ini tampak gagah ialah pemasangan kit angkat suspensi yang menambah jarak kelegaan tanah sebanyak 38 mm untuk versi standard, atau sehingga 76 mm untuk versi lebar, sebelum disudahi dengan rim aloi aftermarket dan tayar Mud/Terrain daripada Yokohama.
 

Jimny


Tiada sebarang modifikasi dibuat kepada enjin, bermakna anda perlu bergantung kepada kuasa standard 101 hp daripada nadi 1.5 liter, atau 63 hp daripada model yang dilengkapi nadi tiga silinder sebaris 658 cc yang wujud di pasaran Jepun.

Berikut merupakan senarai harga kit yang ditawarkan oleh Marvelous:

  • Jeriji & lampu utama - ¥179,600 (RM5,986)
  • bampar depan  - ¥67,700 (RM2,257)
  • bampar belakang - ¥69,600 (RM2,320)
  • fender lebar - ¥103,600 (RM3,453)

Bagi mereka yang mahukan sebuah Jimny yang lengkap diubahsuai termasuk dengan kit angkat suspensi serta tayar, anda perlu membayar wang berjumlah ¥2.33 juta (RM77,663) untuk versi standard, atau ¥2.69 juta (RM89,662) untuk Jimny versi lebar dan tinggi.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam erti kata lain, ia lebih banyak menghabiskan masa di pasaraya dan pusat membeli-belah dari…
Berita Domestik
Ia datang dengan kerangka ladder frame dan trenkuasa 4X4 sejati (Suzuki AllGrip Pro 4WD), seperti…
Berita Global
Berbanding model Jimny 3 pintu, Jimny 5 pintu memiliki ukuran dimensi yang lebih panjang, iaitu 3,…