Ujian kesihatan untuk warga emas - perlu atau tidak?

oleh HEZERI SAMSURI|
Beberapa tahun dahulu, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pernah mencadangkan ujian kesihatan diperkenalkan kepada warga emas yang masih mahu memandu atau menunggang motosikal.

Cadangan itu ditolak keras oleh beberapa kumpulan NGO dengan alasan tidak ada bukti kukuh pemandu dari kumpulan itu menyebabkan jumlah kemlangan yang tinggi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti biasa, tidak ada sesiapa muncul dengan kajian lengkap dengan data-data kukuh untuk membantu cadangan PDRM dipertimbangkan.

Jadi bagaimana negara-negara di sekitar Malaysia menangani masalah pemandu berusia?

Di Singapura, mereka yang berusia 65 tahun ke atas dan masih mahu terus memandu perlu lulus ujian kesihatan, dan sijil kesihatan itu perlu diserahkan sekali bila mereka mahu memperbaharui lesen memandu.

Sijil itu hanya laku selama tiga tahun sahaja. Untuk mereka yang memandu kenderaan berat seperti bas atau lori, mereka perlu melalui ujian kesihatan setiap tahun.

Australia mengamalkan perundangan negeri, di mana setiap negeri atau wilayah di sana mempunyai undang-undang mereka sendiri untuk lesen memandu.

Queensland contohnya, mewajibkan pemandu berusia 75 tahun dan ke atas lulus ujian kesihatan setiap tahun. Di New South Wales juga sama, tetapi bila pemandu itu sudah mencecah usia 85 tahun, mereka hanya dibenarkan memandu di kawasan persekitaran kediaman mereka sahaja.

Thailand juga mempunyai peraturan khusus untuk pemandu warga emas. Di sana, bila anda sudah mencecah 70 tahun, anda tidak boleh lagi memperbaharui lesen memandu lima tahun terus. Anda hanya boleh memperbaharuinya setiap tahun.

Surat Izin Mengemudi (SIM) atau lesen memandu di Indonesia pula mirip seperti di Malaysia, di mana tidak ada had usia maksimum untuk memandu tetapi mereka perlu memperbaharuinya setiap lima tahun dan pada masa itu, pihak polis akan melihat tahap kesihatan fizikal pemohon.

Masalah kemalangan jalanraya di setiap negara sebenarnya adalah satu isu yang unik kerana ia berbeza berdasarkan jenis pemanduan yang terbabit. 

Malaysia berbeza dari Thailand dan Indonesia kerana sistem jalanraya kita yang lebih baik, membolehkan kenderaan bergerak dengan lebih laju.

Saya secara dasarnya menyokong usaha untuk melihat ada perundangan untuk pemandu-pemandu yang sudah berusia, tetapi kadar usia dan kekerapan ujian kesihatan itu perlu berdasarkan kajian terperinci oleh agensi yang khusus.

Saya mencadangkan bahawa agensi seperti MIROS diberikan mandat untuk membuat laporan kajian dan cadangan pembaikan keselamatan jalanraya kita setiap tahun. Laporan tahunan itu sepatutnya diberikan fokus lebih besar dan dibentangkan kepada negara.

Sehingga itu, kita hanya boleh "meneka" dan membuat bising di media sosial, tanpa sebarang usaha konkrit dilakukan untuk memperbaiki keadaan.

Atau mungkin ini yang dimahukan oleh sesetengah pihak berkepentingan untuk "menjaga" industri mereka? 

Wallahuallam.

 

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit mempunyai masalah kesihatan dan tidak lagi…
Berita Global
Pada jam 1 pagi (waktu tempatan), polis menerima panggilan mengenai kenderaan yang memandu secara…
Berita Domestik
"Kita mengesan video tular memaparkan kejadian sebuah kereta Honda Civic berwarna kelabu dipandu…