UMP tawar latihan kenderaan hibrid, EV

oleh Firdaus Razani|
gambar dari MARii
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) merupakan satu-satunya universiti awam di Malaysia yang menerima pentauliahan Persijilan Antarabangsa Institut of the Motor Industry (IMI) United Kingdom sebagai salah sebuah pusat latihan kenderaan hibrid dan elektrik.

Sijil pengiktirafan UMPSA sebagai IMI International Training Centre for EV Training itu telah disampaikan oleh IMI External Quality Assurer daripada IMI UK, Stephen Longworth kepada Naib Canselor UMPSA, Profesor Datuk Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin di UMPSA Pekan.

 

ump

 

IMI merupakan salah satu institusi automotif yang diberi hak untuk mengeluarkan sijil profesional dan kompetensi dalam kenderaan berkuasa tinggi, melebihi 60V DC.

Tambahan itu, pelatih yang mendapat sijil profesional daripada IMI juga layak untuk bekerja di luar negara yang mengiktiraf sijil daripada IMI.

Pencapaian ini membolehkan lebih ramai pelatih teknikal berkemahiran dan diiktiraf dunia dilahirkan khususnya dalam bidang penyenggaraan kenderaan elektrik keluaran pengeluar dari seluruh dunia.

UMPSA akan menyediakan latihan bagi mendapatkan Sijil Profesional bagi penyelengaraan EV yang diiktiraf IMI kepada para pelajar UMPSA. 

Selain itu, ia turut dimanfaatkan dengan memberi latihan kepada pihak industri dan komuniti.

 

SUMBER : UMPSA.EDU

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kerjasama tersebut melibatkan latihan industri, pertukaran pelajar, menawarkan penambahbaikan…
Berita Domestik
  Pengerusi Lembaga Pengarah UMP,  Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman yang juga Pengerusi Yayasan…
Berita Domestik
Proses bidaan bermula RM1,000 untuk nombor empat digit dan RM200,000 bagi nombor tunggal.…