Daripada jumlah tersebut, sebanyak 7,875 unit terdiri daripada kenderaan berjenama Toyota, manakala selebihnya merupakan kereta-kereta Lexus.
Untuk jualan sehingga Mei 2023, UMW Toyota mencatatkan jualan terkumpul sebanyak 39,990 unit, atau peningkatan 8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas (36,972 unit).
Bulan Mei tahun ini juga menyaksikan komitmen UMW Toyota dalam usaha untuk menawarkan penyelesaian pengangkutan rendah karbon untuk memenuhi pelbagai keperluan rakyat Malaysia.
Selain daripada penawaran model hibrid, Toyota juga telah memperlihatkan model SUV elektrik Toyota bZ4X untuk tujuan penyelidikan pasaran dan penilaian teknikal.
Langkah ini adalah sejajar dengan strategi berbilang laluan Toyota untuk mencapai neutraliti karbon dengan menawarkan pilihan termasuklah kenderaan elektrik bateri (BEV), kenderaan sel bahan api (FCEV) dan kenderaan hibrid elektrik (HEV).
Pada bulan Mei juga menyaksikan pembukaan gilang-gemilang pusat pameran mesra alam Lexus yang pertama di Klang, seiring dengan pelancaran model SUV generasi baharu Lexus RX 350 Luxury berharga RM468,888.
Sepanjang bulan Jun, UMW menawarkan promosi sehingga RM8,000* di mana Toyota Corolla boleh dibawa pulang dengan harga ansuran bulanan bermula dari RM1,108*, sementara Toyota Vios serba baharu pula menawarka ansuran mesra bajet bermula dari RM688*.
*tertakluk kepada terma dan syarat