Universiti untuk jana pendapatan dengan jual nombor plet

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Pendidikan Maszlee Malik beberapa hari lalu menyarankan universiti memohon bantuan JPJ untuk menjual nombor plet kenderaan dengan tema universiti masing-masing.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut ahli parlimen Simpang Renggam itu, usaha penjualan nombor plet itu mampu menjana pendapatan kepada universiti.

Contoh yang diberikan ialah nombor plet bermula dengan UM untuk Universiti Malaya.

Ini bermakna untuk universiti lain, plet nombor kenderaan akan bermula dari UiTM, UKM, USM, UiA, UUM, Unimap, UMP dan lain-lain.

Menjual nombor plet khas memang akan menjana pendapatan, seperti yang telah dilalukan oleh banyak pertubuhan lain.

Ia juga akan meningkatkan lagi pendapatan pihak JPJ yang sekarang ini sehinggakan mereka menjadi agensi penguatkuasaan terbaik di dunia.

Diharapkan dengan pendapatan yang banyak dari JPJ, agensi itu akan berjaya menyelesaikan masalah alamat pemilik kenderaan, jumlah tepat kenderaan di atas jalanraya mengikut lokasi dan pelbagai lagi masalah sistem pengangkutan negara.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata hasil pendapatan daripada tender terbuka nombor…
Berita Domestik
Tiada cukai jalan, tiada lesen menunggang, tiada insurans dan plet fancy pun palsu! Akhbar Harian…
Informasi
Pasti anda perasan akan nombor plet kenderaan di Amerika Syarikat (US) yang seragam. Plet nombor…