Unplugged Performance tampilkan Tesla Cybertruck lebih ganas

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sejurus selepas pelancaran Tesla Cybertruck secara rasmi, syarikat penala Unplugged Performance telah memperkenalkan rangkaian aksesorinya untuk menaik taraf rupa trak pikap EV tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kita sedia maklum bahawa rekaan Cybertruck sememangnya sukar untuk dihadam, lebih-lebih lagi apabila ianya berjaya ke peringkat produksi dengan rupa tersebut.

Bagi percubaan memperbaiki perkara tersebut, Unplugged Performance tampil dengan aksesorinya iaitu Up Invincible, khusus untuk meningkatkan keupayaan dan kebolehan Cybertruck.

 

2

 

Bermula dari kit aksesori paling mahal, ia merangkumi lift kit bernilai USD9,995 (RM46,621) yang menaikkan ketinggian asal Cybertruck sebanyak 63.5 mm.

Ia diikuti oleh bumper keluli baharu dengan rekaan lebih lasak di hadapan dan belakang, di mana masing-masing bernilai USD2,995 (RM13,970) dan USD3,995 (RM18,634).

Pada bahagian bumper belakang, ia juga boleh dilengkapi dengan aksesori tambahan seperti braket tunda treler, rock slider, lengan ayun dan tempat tayar ganti.

 

3

 

Untuk mereka yang berminat aktiviti off-road, syarikat penala itu turut menawarkan naik taraf komponen tahan lasak seperti rock slider sisi (USD2,795), pelindung badan bawah (USD2,295) dan bull bar (USD1,995).

Menambahkan lagi rupa sebuah kenderaan off-road, Unplugged Performance turut menghasilkan bonet hadapan gentian karbon yang digabungkan dengan bar LED.

 

4

 

Antara aksesori tambahan lain yang ditawarkan ialah set rim beadlock forged bersaiz 20 inci, rak bumbung, naik taraf sistem brek, dan sistem slider pada bed belakang.

Sebagai info, Cybertruck bukanlah model pertama yang menjadi hasil untuk rangkaian produk Unplugged Performance, di mana syarikat itu sebelum ini turut menjadi pakar dalam menghasilkan aksesori untuk beberapa model Tesla yang lain.

 

Baca: Tesla Cybertruck dilancarkan secara rasmi

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pelancaran ini memperlihatkan sejumlah 8 pengecas Tesla Supercharging V4, selain turut dilengkapi…
Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…
Berita Domestik
Tesla baharu sahaja mengumumkan tarikh bagi tontonan umum untuk model trak sensasi mereka iaitu…