Menurut maklumat terbaharu yang diperoleh daripada rakan media Funtasticko, terdapat ura-ura di mana kedua-dua model tersebut akan terus kekal dengan penawaran transmisi CVT dan bukannya transmisi automatik daripada HyundaiTech seperti yang disebut-sebutkan sebelum ini.
Apa yang bakal dilakukan oleh Proton adalah meningkatkan lagi unit kawalan transmisi (TCU) supaya memberikan respons yang lebih positif untuk versi minor change 2 (MC2) ini.
Antara perubahan besar lain yang turut dimuatkan termasuklah penggunaan lampu LED (akhirnya!) serta set rim bersaiz 16 inci untuk kedua-dua model Iriz dan Persona.
Model SUV yang paling popular pada ketika ini, Proton X70 juga dijangka akan membawakan perubahan versi facelift (MC1) yang bakal menampilkan enjin 1.5 liter tiga silinder sebaris berkuasa turbo.
Untuk pasaran luar negara (terutama di Filipina), Geely Boyue PRO sebenarnya telah pun dilancarkan sebagai model Azkarra (gambar atas) membawakan perubahan yang lebih moden untuk bahagian luaran, serta kemaskini papan pemuka serba baharu di bahagian dalam kabin.
Setakat ini tiada lagi sebarang model ujian X70 facelift dikesan atas jalan raya umum.
Sumber: Funtasticko 1, 2, 3
Iriz & Persona Facelift 2021