US bakal labur lebih dari US$3 bilion untuk buat bateri EV

oleh HEZERI SAMSURI|
Kerajaan US sudah mengumumkan ia akan melabur lebih dari US$3 bilion untuk membina prasarana bagi menghasilkan bateri kenderaan elektrik (EV) di negara Uncle Sam itu.

Dana itu akan diagihkan oleh Jabatan Tenaga negara tersebut dan ia adalah antara perbelanjaan dari bajet infrastuktur yang ditandatangani oleh presiden US, Joe Biden tahun lalu.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Antara inisiatif yang termaktub dalam perancangan itu ialah untuk membina fasiliti memproses galian untuk membuat bateri berkapasiti tinggi dan juga proses kitarsemula bateri-bateri tersebut.

Presiden Biden pernah berkata sasaran US ialah untuk memastikan 50 peratus kenderaan baharu terjual menjelang 2030 adalah dari varian EV dalam usahanya untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, menghalang pertumbuhan China dalam pasaran yang berkembang pesat dan juga mengurangkan kadar pelepasan karbon.

Selain dari itu, tindakan US ini juga adalah untuk mengurangkan ketergantungan negara itu kepada hasil bumi dari Rusia. 

Laporan Reuters berkata bajet itu tidak akan membabitkan pewujudan lombong-lombong tempatan untuk lithium, nikel, kobalt dan galian lain untuk penghasilan bateri EV.

Bateri ialah komponen paling penting untuk EV dan ia adalah kos terbesar di dalam pembinaan mana-mana kenderaan elektrik. Sekiranya Malaysia tidak mengawal kemasukan bateri EV, industri tempatan akan semakin sukar untuk berkembang dan bakal menjadi rakan niaga pasif untuk negara-negara luar sahaja.

* Laporan asal dari Reuters

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Penganalisa percaya jualan bateri 1865 yang menurun ialah punca kenapa Panasonic menurunkan…
Berita Global
Walaupun angka itu mendahului pasaran, ia diberitakan masih lebih rendah dari apa yang dijangkakan…
Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…