Vantage Speed buka cawangan 4S Proton di Jalan Kebun Klang

oleh SALINA JALIL|
Vantage Speed Sdn Bhd (Vantage Speed) telah merasmikan pembukaan cawangan 4S di Jalan Kebun, Klang. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton dan turut dihadiri oleh barisan Pengurusan Kanan Proton.


Vantage Speed telah beroperasi sebagai pengedar Proton sejak 2009 dan mengendalikan cawangan 1S dan 2S di lokasi berasingan. Walau bagaimanapun, demi memenuhi keperluan dari Proton yang bertujuan untuk memberikan kemudahan lebih baik kepada pelanggan sebagai pusat sehenti, pemegang saham Vantage Speed bersetuju untuk membuat pelaburan dalam perniagaannya itu sebagai sebuah pusat 4S. Cawangan 2S yang pada asalnya milik Magnavision Sdn Bhd ditutup dan seluruh kawasan tersebut diubah suai menjadi pusat 4S yang baharu. Bagi cawangan 1S miliknya di Setia Alam pula dikekalkan bertujuan untuk terus memberi kemudahan kepada pelanggan sedia ada di sana.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurut Dato' Sri Tee Boon Kee, Pengarah Vantage Speed, sebagai pengedar yang telah lama berkecimpung di dalam industri auto, keperluan untuk menyediakan servis yang baik dan cemerlang kepada pelanggan adalah satu kemestian. Apa yang penting adalah pelanggan suka berkunjung ke cawangan ini untuk membeli kereta. Sebaik sahaja mereka membeli kereta, mereka akan kembali kepada kami bagi perkhidmatan servis kereta. Walau bagaimanapun, mungkin sukar untuk kami mencapai tahap kepuasan pelanggan itu sekiranya kami tidak beroperasi sebagai pusat sehenti.

Beliau juga berkata sebagai sebuah cawangan 4S kami dapat berurusan dengan pelanggan secara lebih baik, dan dapat memahami keperluan mereka. Justeru, keputusan untuk beroperasi sebagai cawangan pengedar 4S sememangnya pilihan yang tepat.

Dengan kawasan seluas 2418 meter persegi, cawangan ini dilengkapi dengan 14 petak servis,10 ruangan ketuk dan cat serta ruang yang memuatkan sehingga 10 kenderaan di ruang pameran. Pelanggan turut selesa dengan ruangan tempat duduk yang luas, di mana memuatkan 80 tempat duduk untuk mereka.

Selain itu, sama seperti cawangan Proton yang lain, terdapat juga ruangan minuman, ruangan kanak-kanak, WIFI percuma dan kawasan istirahat pelanggan yang selesa untuk mereka berehat sambil menunggu kereta mereka diservis.

Dato’ Sri Tee menambah, "Cawangan ini terletak di kawasan padat penduduk di Klang, dan mereka juga telah tahu akan kewujudan cawangan ini. Kawasan ini turut mempunyai pemilik Proton yang ramai dan mereka adalah sasaran pasaran yang tepat untuk kami menaik taraf untuk barisan kereta Proton yang baharu dan lebih menarik". Di samping itu, cawangan ini juga mempunyai kakitangan yang berdedikasi untuk memenuhi permintaan pelanggan. Kami menjangkakan peningkatan jualan dan servis lebih daripada 50%, ujar beliau lagi.

 

Sehingga 31 Julai 2018, Proton telah meluluskan sebanyak 93 cawangan untuk menaik taraf kepada 3S dan 4S. Ini merupakan pencapaian 85% berbanding sasaran untuk menaiktaraf sebanyak 109 cawangan pada Oktober tahun ini.


Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton sangat positif dengan perkembangan yang berlaku di dalam Syarikat."Saya gembira penambahbaikan cawangan berjalan seperti yang dirancang. Proton berada dalam kedudukan yang sangat baik untuk membuktikan semula kehadirannya di pasaran. Kami yakin kami dapat mencapai peningkatan kelulusan sebanyak 109 cawangan menjelang bulan Oktober, atau mungkin lebih awal dari yang dijangkakan. Apabila kita memulakan langkah untuk menaik taraf cawangan-cawangan kami, kami sentiasa memikirkan untuk memastikan pelanggan mendapatkan pengalaman terbaik apabila mereka melangkah masuk ke Proton. Matlamat kami sangat jelas, dan sekarang apa yang dirancang hampir berjaya direalisasikan, kami percaya cawangan-cawangan ini bersedia untuk menerima kedatangan SUV Proton pertama di pasaran, serta model-model yang lain pada masa akan datang".

Bagi minggu ini sahaja, Syarikat telah menyaksikan dua daripada cawangannya, Chan Sow Lin dan Puchong dinaik taraf dengan penampilan yang lebih segar selaras dengan pelan perniagaan Proton untuk mengubah semua rangkaian cawangannya bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan. Chan Sow Lin merupakan cawangan 4S Proton, sementara Puchong adalah cawangan bertaraf 1S kata beliau lagi.
 

 

Rekod jualan dalam beberapa bulan kebelakangan ini dilihat menunjukkan peningkatan untuk Proton.
Pada Julai, Proton berjaya mencapai 31% lebih banyak jualan daripada bulan sebelumnya dengan jumlah jualan adalah sebanyak 8,102 dan memperoleh anggaran pegangan pasaran sebanyak 11.7 peratus dan merupakan rekod yang sudah lama tidak dicapai oleh Proton sejak 30 bulan lalu. 


Tawaran bulan Ogos – Now or Never
Proton juga sedang menawarkan promosi 'Now or Never' di kesemua cawangan mereka. Penjimatan yang diberikan adalah RM1,500 untuk Saga,RM3,000 untuk Persona serta RM4,000 untuk Iriz dan Ertiga. 

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan Proton di 1800 888 398 atau e-mel kepada kami di [email protected].. Pelanggan juga boleh layari www.proton.com atau halaman Facebook rasmi kami di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. Untuk kemudahan tambahan, pelanggan boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…