Pengenalan edisi khas khas Vespa 946 10° Anniversario itu bersempena dengan sambutan tahun baru cina, di mana tahun ini merupakan Tahun Arnab.
Vespa 946 10° Anniversario tampil dengan hiasan arnab di bahagian belakang kanan, dan juga depan kiri, bersama warna hijau ikonik Vespa.
Dari segi spesifikasi, ia masih mengekalkan penawaran yang sama di mana Vespa 946 dihasilkan dengan badan monocoque yang dilengkapi pelana tunggal, hendal aluminium, panel sisi dan pelana sokongan pada bahagian belakang.
Vespa 946 10° Anniversario juga masih ditawarkan bersama roda aloi 12 inci, cakera brek bersaiz 220 mm serta angkup brek di depan dan belakang, ia turut didatangkan standard bersama sistem ABS dua saluran dan ciri kawalan cengkaman.
Dari segi kuasa, ia dilengkapi dengan enjin 155 cc 1 silinder menghasilkan kuasa sehingga 12.7 HP pada 7,750 rpm dan 12.8 Nm pada 6,500 rpm.
Untuk pasaran Malaysia, kurang dari 20 unit telah dibawa masuk oleh Didi Group dan telah habis dijual, dengan harga dikatakan bermula dari RM99 ribu.