Bilah-bilah besi itu berfungsi menjadi jejari (spoke) dan juga bilah kipas bila ia masuk ke mod terbang.
Goodyear juga melihat tayar masa akan datang tidak lagi datang dengan udara di dalam (pneumatik) tetapi akan menggunakan bahan kenyal yang mampu menyerap hentakan.
Walaupun dahulu sudah ada tayar getah mati, namun ia tidak boleh digunakan untuk kenderaan berat kerana ia tidak boleh menyerap hentakan dengan begitu baik.
Menurut Goodyear, hanya baru-baru ini teknologi sudah wujud untuk tayar mati digunakan kepada kenderaan bersaiz sebenar.
Lihat video tayar Aero itu beraksi di sini.