Teknologi sistem Shiftcam bertindak-balas kepada kedudukan pendikit dan menggunakan penggerak (actuator) yang bijak bagi menggerakkan aci sesondol (camshaft) ke kiri atau ke kanan. Ini akan memberikan profil-profil aci yang berbeza.
Contohnya semasa pendikit dibuka kecil, profil aci sederhana digunakan untuk mengurangkan pergerakan injap dan melancarkan penghantaran tenaga.
Bila pendikit dibuka secara maksimum, profil aci penuh mengambil alih dan melepaskan kesemua 136 bhp.
Teknologi yang hampir sama sebenarnya telah digunakan oleh Ducati (Testasretta) dan juga Honda (VTEC).
Sayang sekali video tersebut nampaknya telah diturunkan.