Ini bermakna, pusingan terakhir Toyota Gazoo Racing Festival untuk musim ini tidak akan dibuka kepada umum, dan hanya akan disertai oleh pasukan-pasukan yang mengambil bahagian sahaja.
Pun begitu, UMW Toyota Motor tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjalankan proses penyaringan tahap kesihatan terhadap pelumba, ahli pasukan serta kru sebelum memulakan perlumbaan.
Menurut Ketua Unit Sukan Permotoran UMW Toyota Motor, Akio Takeyama berkata, "perlumbaan akan ditayangkan secara langsung menerusi Facebook dan Youtube Toyota Malaysia, dan kami menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyokong selebriti kegemaran mereka menerusi siaran langsung tersebut.
Maklumat lanjut berkenaan TGR Festival boleh didapati di toyota.com.my/tgrmalaysia